LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Saturday, 30 July 2016

Pantai Kadis Mirip Seperti Pulau DI Maldives

Assalamualaikum Semua ,

Pagi ni emma dok scroll scroll Timeline Facebook dan tertarik dengan 1 Destinasi ni , Lokasi pun dalam malaysia je , Siapa sangka tempat cntik mcm ni ada kat malaysia kan ?

So korang dah boleh palnning dengan keluarga dan suami tercinta mahupun rakan rakan untuk ke sini , Its Wrappp Dear .. So Cool !


Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Nak ke sini tak perlu lah buang duit terlalu banyak , jom amik pakej ni PAKEJ KE KELANTAN

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

6 JENIS cuti style masa kini , So korang yang macam mana ? Check it out -> LINK

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Lokasi di Villa Daniella, Pantai Kadis, Jalan Tok Bali, Bachok. Kelantan

Monday, 11 July 2016

KAD RAYA DARI BLOGGER DUNIA SHIDA

Penulis : emma diana Masa : Monday, July 11, 2016 Comments : 1 Labels :
POSTO POSTO . 

Kad raya paling awal dapat tapi baru sekarang sempat update entry :) Busy nya kak emma kita ni oiiii! hehehe .. Kad raya ni kita terima dari blogger kakak cantik comey loteyyy DUNIASHIDA ataupun dikenali sebagai kak shidaradzuan .. 

Terima kasih kerana sudi beri kad raya pada emma , Tahun akan dtg bagi la lagi , simpan koleksi tiap tiap tahunn hehehe ,, 

Emma dan suami nak menyucapkan selamat hari raya maaf zahir batin . Beraya lah kerumah emma kalau ada kelapangan , InsyaAllah layanan tiptop :) Ceeeewaahh :) 


Jom follow laman sosial kak shida 

Blog : http://www.duniashida.com/
Instagram : Shidaradzuan


KAD RAYA DARI BLOGGER SALLYSAMSAIMAN

Penulis : emma diana Masa : Monday, July 11, 2016 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum , 

Selamat hari raya yang ke tujuh :) 
Korang ade yang dah start keje isnin ke ? macam emma , still menunggu panggilan kerja , suami emma pula selasa ni baru keje , haaa harini la hehe . 

Act selama busy layan tetamu di rumah , Anak buah dtg bagi surat2 dari box posto depan lorong . Almaklumlah box posto kat depan lorong bukan depan rumah , jadi nya emma pun lupa la collect surat dari mana2 pihak yang hantar ke family kami , 

DAPAT DUIT RAYA TAPI TAK TAHU NAK SAVING ? BACA SINI [ ENTRY ]

Jadi , emma ade tertarik dengan 1 surat layang ni ,, Haaa kita dapat kad raya dari blogger , kak sallysamsaiman , Haiyhhh cantiknyaaa kad raya :) sweeet gitu ,, bertambah la koleksi kad raya dari blogger :)


Tahun ni emma x la buat kad raya mcm blogger2 lain buat . InsyaAllah tak de aral emma nak post jugakkk kad raya pada deme2 yang penah bagi emma kad raya macam tahun lepas . Ada jodoh kita jumpa kad raya emma tahun depan ye .

Jom follow laman sosial kak sallysamsaiman 

Blog : www.sallysamsaiman.com
Facebook : Sally Samsaiman
Instagram : Sallysamsaiman
Twitter :ct_salyana

Wednesday, 6 July 2016

EID MUBARAK 2016

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, July 06, 2016 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum Semuaaaa ...

Ni mesti ada yang masih beraya di rumah saudara saudara di kampung kan ? Emma balik Selangor tahun ni . Raya bersama keluarga sebelah emma , 

Korang beraya mana ? Woaaahh nampak tahun ni meriahnyaa lain maciiiiiiaaammm sebab semua pakai baju cantik cantik ngat ngat heheh .. 

nak share sikit simple makeup dipagi raya ni hehe 


Seperti biase la kalau beraya ni semua family ade , cumanya adik perempuan emma sahaja yang beraya belah suami , tahun pertama bersama suami la katakan :) hehehhe

jadi nya tahun ni family kami tak complete Huwwaaaaa .. tapi meriah semeriah nyaaa :) sebab ade 2 baby laaahh hehe ..


Garang nya Aqilah Amanda makngah ni


Aqil Arfan tengah main ape tuuuee

Okay di 1 syawal ni emma ingin buat ucapan buat para blogger yang mngenali emma dari tahun 2011 emma berblogging .. 6 tahun dah . kejap nyaaa masa berlalu kan 



Di kesempatan ini emma dan suami tercinta ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin . Dari pihak emma pula , emma ingin mnyusun sepuluh jari meminta maaf jika terkasar bahasa , tergurau tanpa sengaja . @ mengguris hati korang selama emma mngenali korang dan korang mngenali emma sebagai blogger di alam maya ini , dan sahabat di luar sana juga . Salah silap kita bermaaf maafan di hari raya ni ya .. kosong kosong :) Psssst !! ramai kata kami berseri2 di pagi raya :p nak tahu rahsia ? bawah ni emma dah sediakan link nyaa

Jangan lupa pikat suami korang guna Tips yang emma nak bagi ni : 

Jom kita keseterusnya, Emma nak kongsikan sedikit gambar bersama keluarga tercinta . gambar biase2 je . Hashtag tak reti posing hehe

Mula dari gambar emma dan suami . Dan kami pinjam anak adik emma heheh , teringin nak bergambar mcm tu heheh

 



 Emma dan suami dan anak buah kami yang sulong dan kedua 

  

Pakngah dan Aqil Arfan :) kawan baik ni , heheh

Gambar bersama Family TerLOVE

It's Wrapp ..
Hurahureeyyy dipagi raya 󾌧
selalu bergambar dalam rumah . Kali ni bergambar depan rumah . Sebab ayah kata nak pecahkan rumah kasi besar sikit . InsyaAllah ada rezeki tak kemana . So this Memoryy EID Mubarak 2016 ! 󾌧
With family dan Husband TerLOVE 󾌬
Selamat hari raya 󾌧






Kita tunggu episod raya kedua nanti , InsyaAllah xde aral emma share gambar bersama family :) 

IKLAN : 

Bagaimana Untuk Tebus Whiskas Tote Bag Atau Purr Pillow Comel Ini Sebelum 31 Julai 2016



Follow laman sosial  tengok gambar gambar raya 2016 emma
Facebook : Emma Diana
Twitter : @suaraemmadiana


Saturday, 2 July 2016

bajrangi bhaijaan movie 2015

Penulis : emma diana Masa : Saturday, July 02, 2016 Comments : 2 Labels :



Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang lelaki naif India yang cuba menemukan seorang budak perempuan Pakistan super-cute tapi bisu dengan keluarganya semula. Filem ini dimulakan dengan memaparkan keluarga budak perempuan tersebut, Shahida (Harshaali Malhotra) yang digambarkan sebagai penduduk kampung di satu kawasan pergunungan Pakistan. Shahida tidak mengeluarkan bunyi dan bercakap sejak dilahirkan. Keluarganya mengambil keputusan untuk membawa Shahida ke sebuah tempat suci di India untuk berdoa supaya dia dapat bercakap selepas satu kejadian yang hampir meragut nyawa Shahida – Shahida terjatuh dari sebuah gunung dan tergantung pada sebatang pokok. Disebabkan dia bisu penduduk kampung hampir gagal menemuinya yang tergantung pada pokok.

Dalam perjalanan pulang dari India, keretapi berhenti akibat berlaku kerosakan. Shahida yang ternampak seekor kambing yang tersepit turun daripada keretapi untuk membantu.Ketika cuba membantu kambing tersebut keretapi tiba-tiba bergerak dan menyebabkan dia tertinggal di situ antara kawasan sempadan India dan PakistanIbunya tertidur ketika itu dan walaupun Shahida nampak ibunya di tepi tingkap ketika berlari mengejar keretapi dia tidak dapat menjerit meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, sebuah keretapi yang mengangkut barang berhenti ditempat yang sama. Dan ini memberi harapan kepada Shahida untuk meneruskan perjalanan mengikut keretapi sebelum ini. Namun, keretapi itu sebenarnya berpatah balik dan membawa dia ke India. Di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar (Salman Khan) seorang lelaki yang baik hati dan sangat taat kepada agamanya (Hindu). Senang cerita seorang yang alim dan iman kuat. Lelaki yang baik hati kalau sudah jumpa budak perempuan menangis memang tak sampai hati untuk tinggalkan dia bersendirian.
Selepas mengetahui budak perempuan itu tidak boleh bercakap, berasal dari Pakistan dan keseorangan di India, Pawan ambil keputusan untuk menyatukan semula Shahida dengan keluarganya dengan apa saja cara sekalipun. Ketika itu Pawan memberi nama Munni kepada Shahida (dah tak tahu nama kan). Tapi ada beberapa masalah yang Pawan hadapi apabila dia tidak mempunyai passport, tidak tahu kampung, bandar mana Munni tinggal di Pakistan, tidak pernah berbohong, dan dia seorang vegetarian.
Menariknya tentang Bajrangi Bhaijaan, filem ini memaparkan perbezaan antara agama Hindu dan Islam, perbezaan antara India dan Pakistan. Ini dapat dilihat pada babak di mana keluarga Pawan sedang menonton perlawanan kriket antara India dan Pakistan. Ketika semua orang menyokong India, Munni bersorak untuk Pakistan dan meraikan kemenangan Pakistan. Dari situ mereka dapat tahu Munni seorang rakyat Pakistan. Tentang agama Munni pula, Pawan dapat tahu selepas kejadian terserempak Munni memakan ayam (daging) di rumah jiran dan melihat Munni berdoa di Masjid.
Disebabkan tiada passport dan terlalu banyak karenah untuk mendapatkan passport daripada kerajaan India, Pawan ambil keputusan untuk menyeberangi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan kaki seludup. Dalam babak ini boleh lihat bertapa jujurnya Pawan apabila masih mahu dapatkan permintaan pihak berkuasa Pakistan di sempadan untuk masuk dalam Pakistan walaupun sudah berjaya menyeberangi sempadan secara haram. Dia tetap tidak mahu meneruskan perjalanan selagi tidak mendapat izin walaupun dituduh sebagai pengintip India. Kejujurannya berjaya melembutkan hati pihak berkuasa tersebut.
Cabarannya tidak berhenti disitu apabila sepanjang di Pakistan, Pawan diburu oleh polis yang menyangka dirinya seorang pengintip. Pawan dibantu oleh seorang wartawan Pakistan Chand Nawab (Nawazuddin) yang agak gagal dalam kariernya yang percaya dengan tujuan Pawan ke Pakistan. Walaupun berjaya menemukan Munni dan keluarganya, Pawan berjaya ditangkap oleh polisBabak Bajrangi Bhaijaan paling sedih sudah tentu apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melepaskan Pawan dari lokap. Di mana penduduk-penduduk berarak dan berkumpul di pintu sempadan untuk membawa pulang Pawan ke India. Munni yang ternampak Pawan berlari untuk mendapatkannya yang ketika itu berjalan kaki menyeberang pintu sempadan. Di sinilah berlakunya keajaiban yang mampu membuatkan air mata sesiapa pun jatuh hatta abang sado sekalipun apabila Munni secara tiba tiba boleh bercakap dan menjerit memanggil nama Pawan. Love can cure anything.
Bajrangi Bhaijaan semenangnya mengharapkan kepada bakat Salman Khan untuk menghidupkan cerita ini. Kareena Kapoor yang memainkan watak makwe Pawan tidak begitu menyerlah dan tenggelam dengan wajah extra-cute Munni. Sekiranya anda mahu tonton filem cinta Bollywood yang lain daripada yang lain anda patut tonton Bajrangi Bhaijaan. Berbaloi. 5 Bintang penuh untuk cite ni 
Selamat Hari raya yang bakal tiba :) Kalau Korang Pernah Buat 8 Benda Ni Masa Raya, Zaman Kanak-Kanak Korang Mesti Best! [ BACA ]