LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Sunday, 29 November 2015

AlFatihah buat Yussry Bin Edoo @ Pakyus

Penulis : emma diana Masa : Sunday, November 29, 2015 Comments : 2 Labels :



Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.
Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Info dari - Astro Gempak

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Saya  amat terkejut dengan berita kehilangan Saudara Yussry @ Pak Yus.

Benarlah bahawa setiap yang hidup akan merasai mati. Tiada yang mampu meramal melainkan Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga Allah merahmatinya & memberi kesabaran kepada ahli keluarganya.

Aamiin. 😢

2 comments:

  1. mmg tak sangka pak yus dh takde.. alfatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  2. saya pun terkejut jugak mendengar berita ini,lepas tu saya terus sedekahkan yasin :-)

    ReplyDelete