LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Monday, 26 October 2015

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Penulis : emma diana Masa : Monday, October 26, 2015 Comments : 0 Labels :
Hai Assalamualaikum semua ! 

Harini rasanya macam nak share something , petikan dari facebook ( Jom Hamil ) Mohon Bookmark ya semua , selama 24 tahuin hidup baru faham kitaran haid kita Huhuhu , sian saya ! Suami suami pun boleh fahamkan entri ni , kut2 yang ingin tahu kitaran kiraan haid isteri kan




KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan
secara
praktikal.


JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk
difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan
secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-
masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada
juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara
puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa
dalam kitaran haid wanita.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) -
ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah
penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa
ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu
ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda
ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh
mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam
sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon
estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah
akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur
yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin
matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil
ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada
sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak
sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone
(LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh
sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia
disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke
rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas
telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon
dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim
semakin menebal. Setelah progestrone semakin
berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka
dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok
Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang
terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari
ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru
sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah
lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period
seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah
kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat
14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa
folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah
14 hari sebelum hari pertama period seterusnya.
Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi
masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya
period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah
mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit
dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang
jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon
yang meningkat ketika ini.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN
ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka
hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari
sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah
sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan
yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma
dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia
juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna,
sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu
subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada
peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang
hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat,
pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang)
pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk
mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

No comments:

Post a Comment