LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Sunday, 6 September 2015

Perkongsian tentang pencerian,

Penulis : emma diana Masa : Sunday, September 06, 2015 Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum , Selamat pagi , salam sejahtera buat semua 

Disebabkan emma bukan lah ade komputer di rumah , jadi , emma ambil sedikit masa pada pagi ini , dengan rasa rendah diri nya emma ingin mengongsikan tentang serba sedikit hal penceraian , 

bukan apa , entry ini juga boleh mengingatkan emma . dan juga para pembaca . 





Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam Islam


cUlama’ telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.[1] Talaq pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaq rajcie dan talaq ba’in.
 2.5.1        Talaq Secara Soreh dan Kinayah
Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan perkataan tertentu seperti ‘talaq’, ‘firaq’, atau ‘sarah’ tanpa memerlukan niat suami.[2]
 Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan ‘kamu dilepaskan’ ‘kembalilah kepada keluargamu’ dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.[3]
 2.5.2        Talaq Rajcie dan Talaq Ba’in
Talaq rajcie adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada caqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang diceraikan itu masih berada dalam ciddah walaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya habis ciddah, maka talaq rajcie bertukar menjadi ba’in. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk isterinya melainkan dengan caqad yang baru.[4] Talaq ba’in dibahagikan kepada dua iaitu talaq ba’in sughra[5]dan talaq ba’in kubra[6].
Talaq ba’in sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq ba’in sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus talaq (khuluc), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa’.[7] Manakala talaq ba’in kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.[8] Kepelbagaian jenis talaq yang disyaricatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah perkahwinan tersebut.
2.5.3        Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, tacliq, khulucfasakh dan lican[9]
 i)          Perceraian Secara Talaq
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[10]
ii)         Perceraian Secara Tacliq
Tacliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas caqad nikah.[11] Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara tacliq berlaku apabila suami melanggar tacliqyang dibuat olehnya semasa upacara caqad nikah. Amalan tacliq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syarac, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria.[12] Lafaz tacliq yang dibuat oleh suami semasa upacaracaqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara tacliq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[13]
iii)        Perceraian Secara Khuluc
 Perceraian secara khuluc merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.[14] Perceraian secarakhuluc boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk.
iv)        Perceraian Secara Fasakh 
Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[15]
v)         Perceraian Secara Lican
Perceraian secara lican berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.[16]Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan caralican, mengikut hukum Syarac di hadapan Hakim Syarcie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai lican turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. [17]

Info ini saya kongsikan dari Blog Rasmi Jabatan Peguam Negara

2 comments:



  1. Hai.. Assalammualaikum, saya adalah salah seorang pemenang Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang, dan saya menang hadiah yang di sponsor oleh awak.. disini saya sertakan Butir2 maklumat untuk urusan Hadiah.. terima kasih.. smile emoticon
    Nama : NURNASUHA BINTI MOHD FADZIL
    Alamat :JB505,BATU 21,KESANG LUAR,77000,JASIN,MELAKA.
    No.Tel :0196117811
    Hadiah yang dimenangi :Tudung Bawal Satin Yuhanis
    Pemenang No. 23
    Entri Pengumuman Pemenang GA :http://tengkubutang.blogspot.my/2015/09/pengumuman-pemenang-giveaway-birthday.html
    Entri Penyertaan :http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

    ReplyDelete