Followers yang baik hati

IKLAN

IKLAN

Monday, 7 September 2015

Layani lah isteri seperti Permaisuri

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 0 Labels :



Melihat seorang isteri walaupun lepas bersalin segera menyusukan anak walaupun perutnya baru sahaja czer. Dibelah dan sangat sakit. Allahuakbar. Bangun malam menyusukan anak.

Air mata laju bila mengenangkan betapa Allah sayangkan wanita dengan memberi mereka kekuatan dan kesabaran yang sangat ajaib dan luar biasa. Ibu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Berubah sifat. Kadang asyik panas. Kadang-kadang asyik sejuk. Bertukar minat, kesukaaan, mengidam, emosi. Sehinggalah saat bersalin. Allah.
Selepas bersalin mereka terus lupakan kesakitan dan kepenatan mereka dan terus menjadi isteri dan ibu...Allah... Apalah salahnya kita waktu malam menangis minta ampun pada Allah atas segala dosa dan kekurangan kita dalam melayan bidadari kita dunia akhirat. Ya Allah syukur kerana nikmat dan kasih sayangmu..
Mereka layan kita sehingga kita lupa mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah atas kita untuk kita cintai, layani dengan baik seperti permaisuri dan pimpin tangan mereka sehingga ke syurga. Pemilik hati dan cinta kita ialah Allah. Dialah Allah pemilik segalanya. Hati kita semua milik Allah. Ya Allah kaulah segala-galanya

No comments:

Post a Comment

Exchange Link?