LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Sunday, 27 September 2015

Lazada buat Sales Dari 30% hingga ke 94%

Penulis : emma diana Masa : Sunday, September 27, 2015 Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum ,

Ehem Ehem ! Selamat pagi semua , hai para bloggerzz .

Hari ni rasanya Hari paling busy di dunia , almaklumlah hujung2 bulan kan ,
Tiba pulak tengah buat keje , system loading dari tadi , so 1 keje ape pun x jalan dari kol 9 tadi , Bosan punya pasai , aku pun gatal tangan Klik laman Sesawang Lazada .

Mula la saka aku keluar bile nampak sales kaw2 , la ni memang nak beli jam tangan , Dari 6 bulan lepas lagi nak beli , Hurmm Biasa la , perempuan dan jam tak dapat di pisahkan :p

Belek2 punya belek ternampak jam Ala2 Gshock la konon nya . tapi jenama lain , harga asal boleh tahan !!

RM 203.00 Then , aku tak perasan lak ade 92% kat situ , Hahahah macam x caya ! gosok mata banyak kali *gosok mata tu tipu !, Sebab aku pakai maskara ngan Celak gi kerje*


Jom tengok jam ape aku beli , Hehehe Korang cecepat la beli jam macam aku ni weyh ! bukan senang nak nampak ade sales kat lazada :p




Tuesday, 22 September 2015

Nuffnang dah kelihatan

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, September 22, 2015 Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum .

Alhamdulillah , Nuffnang dah kelihatan . selama 2 bulan jugak nuffnang x muncul bila emma menggunakan chrome . emma tak tahu kenapa , dan masih terfikir mengapa . adakah pc office emma ni dah usang atau sebaliknya ? kih3 :p

Actualy emma semalam ade clearkan semua history chrome pc ni , then semua mmg clear la citer nya . pagi tadi sesaja update entry berkisahkan ''ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? '' 



Terpanjat pulak Iklan Nuffnang menari2 kat blog ni hehehhe . Ni yang makin semangat ni . Hehehhe ..


ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA?

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, September 22, 2015 Comments : 0 Labels :
:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? ::

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri..

Ketika saat terlafaznya "Aku Terima Nikah.." daripada mulut suami, bermula detik itu seorang isteri hanya menunggu tibanya masa untuk membuka kotak ini.. Saban bulan, saban tahun, akhirnya sentiasa dibuang ke tong sampah dengan hati kecewa.. Sehari lewat, hati mula berdebar.. Seminggu lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan..
Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian...

Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa..

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?"
Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya..

"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..."

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih.. Ketika itu, hati pasti merintih..

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"

Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...
Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...

Abang... Berjanjilah dengan sayang...
Abang tak akan sia-siakan sayang...
Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang...
Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita...
Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta...
Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang..
Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang...
Usahlah dibuang kain buruk ini..
Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..
Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...
Jangan sampai abang berubah hati...
Jangan sampai abang bertukar cinta..
Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini...
Kasih abang sayang junjung..
Cinta abang sayang julang..
Setia abang sayang sanjung..
Sampai ke akhir hayat...


~ATOK~
16 Sept 2015
Kuala Lumpur

P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Info Dari Facebook Atok : Shawn Mizan -- Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat

Friday, 18 September 2015

Seri pengantin Lari pada Aku ?

Penulis : emma diana Masa : Friday, September 18, 2015 Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum , 
Hai semua , rasa macam busy sangat :'( 
Kalau sapa2 perasan aku dah lama tak update entry :'( korje banyak . Huwaaa 
Sesaja nak share untuk minggu lepas emma ade turun job , menggalas tanggungjawab yang patut di laksanakan .  

Job 13.09.2015 Wedding ( Sanding ) Nanie + Fizan
Alhamdulillah , ni pun dari sepupu yang offer kat dia :0 Aku photoG Kampung Saje :p

Nak share sikit la story mase shoot ni , 1st time shoot waktu hujan , 1st time shoot waktu cuaca tak elok ( Jerebu ) 1st time shoot TAK PAKAI STOKIN ! Husb marah sangat :'( 

Husb : Kenapa awak tak pakai stokin ? 
Aku : Stokin Basah ! sambil buat muka mintak kene kaki . :p

Mase shoot tu ramai yang tegur , baru kawin ke ? Dah kawin ke ? nampak muka seri la , nampak cantik la . Hahahahhaha Opkos la kene cantik :)
hahahha Muka aku maca belum kawin lagi ka ? :p


Nanti emma share pic Sanding Dan Outdoor pengantin Nanie + Fizan ni ya :) Masih dalam pemprosessan :p




Kaki Hitam legam ! :p



Ps : kalau perasan muka pengantin lelaki macam Arwah Ahmad bucu ( pi mai pi mai tang tu ) 
hehehhe

Tahniah kak nanie & Fizan :)

Friday, 11 September 2015

GIVEAWAY WOMEN DESIRE BY INTAN

Penulis : emma diana Masa : Friday, September 11, 2015 Comments : 2 Labels :
"Women Desire Giveaway!
Due Date 24 September 2015
Berita Baik buat Wanita yang PENTINGKAN Kecantikan Diri secara Dalaman & juga Luaran tentunya..... Kami di Intan Beauty Centre telah menganjurkan 1 Giveaway buat anda bermula dari 10th - 24th September 2015 ....


Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah
Jom cuci mata sikit

5 x Pemenang Bertuah
FREE Combo Women Desire
Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini...

Ini merupakan 1st Giveaway ini dilancarkan oleh Intan Beauty Centre dan di sponser oleh Women Desire Kuala Lumpur


** Untuk lihat senarai peserta kat SINI

*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI

*Nota Kecil : Please tag and ajak kawan-kawan korang join sekali tau 


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks korang. Harap Giveaway kali ni mendapat sambutan 
I love u all 
 
Terima kasih kepada Sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Intan Beauty Centre ini

Thursday, 10 September 2015

Bungkusan Hadiah Untuk Pemenang

Penulis : emma diana Masa : Thursday, September 10, 2015 Comments : 2 Labels :
Assalamualikum selamat pagi semua ,

Okay dengan rajin nya today emma dah mula siapkan bungkusan untuk pemenang2 yang join GA under blogger tengku butang yang dianjurkan bulan lalu dan tamat pada 31 August lalu ,

Alhamdulillah moga kamu semua di murahkan rezeki , Antaran blogger yang menerima hadiah dari emma . Dan emma menunggu details dari seorang pemenang lagi heheh , mohon inform dia naah

http://awansamudera.blogspot.my/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html
http://nurzulaihaziz.blogspot.my/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html
http://aliatulaiman.blogspot.my/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html


Tahniah buat semua :) .





Wednesday, 9 September 2015

Giveaway 1.0 Missdae

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, September 09, 2015 Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum 

Emma join ! 

nak join ? Klik banner ni 




First Prize will win :

1 ticket to enjoy the activities in Tadom Hill Resort 



Second prize will win :

1 ticket to The Shore Malacca



Saguhati:

Features blog in bloglist.



GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, September 09, 2015 Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum , 

Emma cuba nasib ya :) sambil2 tu boleh berkenalan dengan blogger lain , :) 
GA yang senang dan simple macam cicah roti ke milo panas :p
Nak join ?

Klik Banner


3 Syarat-syarat wajib :

- WAJIB FOLLOW MKHAI.com

- WAJIB LIKE Fan Page MKHAI -->

- WAJIB FOLLOW Instagram MKHAI

 " Pengalaman pertama saya bila mana mula dalam dunia blogging , Hanya suka-suka dan buat Dairy Online tetapi lebih dari itu dah sekarang dari jahilnya aku sampai kini , alhamdulillah aku gunakan blog kearah kebaikkan. InsyaAllah dengan Hendaknya "

Tag 5 orang 

http://www.aeinnamusa.com/
http://ombakbergigis.blogspot.my/
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.my/
http://cahayakukasih.blogspot.my/
http://ucingkadayan.blogspot.my/

Tempoh Contest : 8/9/2015 - 8/10/2015


Monday, 7 September 2015

Churp2 RM1xx.xx

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 1 Labels :
Alhamdulillah rezeki

Sahaja aku share entry ini kerana aku happy :p



' Haaaalaaah baru RM100.01 kalau cash Out rm 99.01 tu pun nak kecohh ' Haaa sape kutuk tuuu ..

heeeheheheh tak delah , ni namanya semangat yang hilang kembali semulaaaaaaa ..

16 Group patut korang join !

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 0 Labels :
Hai la semua !

Memang tak dapat dinafikan semua orang suke bersukan tipu la kalau tak suke lagi2 aksi lasak yang sangat mencabar , Boleh kurus Weyhh ! Ade 16 Group yang patut korang sertai ,

keluar rumah la weyhh jangan perap dalam rumah :p



1. Outbound Adventure Crew (OAC)

2. National Outdoor Adventure (NOA)

3. Silver Outdoor Sports (SOS)

4. KEMBARAOKAI

5. Karat Adventure

6. Mossy Trekkers

7. Nature Explorer

8. Persatuan Kembara Negara

9. Bagak Outdoor

10. Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL)

11. Rentas Adventures

12. INIKE Group 30

13. Abot Outdoor Adventure (AOA)

14. Terengganu Bacpackers

15. Geng Aura Gunung

16. Penjejak Gunung


Nak tahu tentang info group group ni ? pergi kat link ini ! 16 Group patut korang join ! 

16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem

Upload gambar dan menang !

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 0 Labels :
axa-affin ada membuat 1 peraduan kesihatan , 

Apa kata dari anda selfie tanpa dapat apa2 , joim la sertai Peraduan ni ! 

Mana tahu anda salah 1 pemenang , 



PROTECT YOUR HEALTH , PROTECH YOUR FUTURE





Jom Menangi Mazda & go Pro Hero 4 !

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum semua ,

Jom Menangi Mazda & go Pro Hero 4 !  - Baru baru ni acer ade kan 1 contest untuk menangi Mazda 3 , Branded 55" full HD TV , Go pro hero 4 dan juga Acer Iconia ..



Jom sama2 join contest ni , mana taw anda salah 1 yang bertuah menangi Mazda3 ni kan ?

From 15 July sampai 30 September , Tak lama lagi dah tu nak abis contest ni ,

Emma menjemput semua join , Ini adalah link untuk menyertai peraduan ini . - Jom Menangi Mazda & go Pro Hero 4 ! 


Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 2 Labels :


Hantu Coklate join ! heheheh

Layani lah isteri seperti Permaisuri

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 0 Labels :



Melihat seorang isteri walaupun lepas bersalin segera menyusukan anak walaupun perutnya baru sahaja czer. Dibelah dan sangat sakit. Allahuakbar. Bangun malam menyusukan anak.

Air mata laju bila mengenangkan betapa Allah sayangkan wanita dengan memberi mereka kekuatan dan kesabaran yang sangat ajaib dan luar biasa. Ibu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Berubah sifat. Kadang asyik panas. Kadang-kadang asyik sejuk. Bertukar minat, kesukaaan, mengidam, emosi. Sehinggalah saat bersalin. Allah.
Selepas bersalin mereka terus lupakan kesakitan dan kepenatan mereka dan terus menjadi isteri dan ibu...Allah... Apalah salahnya kita waktu malam menangis minta ampun pada Allah atas segala dosa dan kekurangan kita dalam melayan bidadari kita dunia akhirat. Ya Allah syukur kerana nikmat dan kasih sayangmu..
Mereka layan kita sehingga kita lupa mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah atas kita untuk kita cintai, layani dengan baik seperti permaisuri dan pimpin tangan mereka sehingga ke syurga. Pemilik hati dan cinta kita ialah Allah. Dialah Allah pemilik segalanya. Hati kita semua milik Allah. Ya Allah kaulah segala-galanya

Fly Dari KL ke Kota Bharu dengan RM10 ?

Penulis : emma diana Masa : Monday, September 07, 2015 Comments : 0 Labels :
Hai semua , 


Nak hujung2 tahun ni mesti ramai yang planning nak bercuti bersama keluarga kan ? Dimana destinasi korang ? rase2 dalam malaysia atau luar negara ? 



Pada yang nak cuti sem pulak mesti nak balik ke kampung naik flight tapi kecewa harga tiket mahal ? jangan risau , emma nak bagitau ni , Airasia ade buat promotion taw , jual tiket dengan harga paling murah murah , So So Exited la emma nak bercuti dengan husband nanti . heheheh . 

Nak kemana ya ?

jum tengok harga2 yang ditawarkan oleh Air Asia , 



Pada yang nak buat tempahan awal , meh g kat sini , kut2 sempat lagi nak beli tiket RM10 tu :) 

Air Asia - Web ..

terima kasih sudi membaca entry Fly Dari KL ke Kota Bharu dengan RM10 ?

Sunday, 6 September 2015

Perkongsian tentang pencerian,

Penulis : emma diana Masa : Sunday, September 06, 2015 Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum , Selamat pagi , salam sejahtera buat semua 

Disebabkan emma bukan lah ade komputer di rumah , jadi , emma ambil sedikit masa pada pagi ini , dengan rasa rendah diri nya emma ingin mengongsikan tentang serba sedikit hal penceraian , 

bukan apa , entry ini juga boleh mengingatkan emma . dan juga para pembaca . 





Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam Islam


cUlama’ telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.[1] Talaq pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaq rajcie dan talaq ba’in.
 2.5.1        Talaq Secara Soreh dan Kinayah
Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan perkataan tertentu seperti ‘talaq’, ‘firaq’, atau ‘sarah’ tanpa memerlukan niat suami.[2]
 Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan ‘kamu dilepaskan’ ‘kembalilah kepada keluargamu’ dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.[3]
 2.5.2        Talaq Rajcie dan Talaq Ba’in
Talaq rajcie adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada caqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang diceraikan itu masih berada dalam ciddah walaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya habis ciddah, maka talaq rajcie bertukar menjadi ba’in. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk isterinya melainkan dengan caqad yang baru.[4] Talaq ba’in dibahagikan kepada dua iaitu talaq ba’in sughra[5]dan talaq ba’in kubra[6].
Talaq ba’in sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq ba’in sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus talaq (khuluc), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa’.[7] Manakala talaq ba’in kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.[8] Kepelbagaian jenis talaq yang disyaricatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah perkahwinan tersebut.
2.5.3        Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, tacliq, khulucfasakh dan lican[9]
 i)          Perceraian Secara Talaq
Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[10]
ii)         Perceraian Secara Tacliq
Tacliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas caqad nikah.[11] Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara tacliq berlaku apabila suami melanggar tacliqyang dibuat olehnya semasa upacara caqad nikah. Amalan tacliq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syarac, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria.[12] Lafaz tacliq yang dibuat oleh suami semasa upacaracaqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara tacliq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[13]
iii)        Perceraian Secara Khuluc
 Perceraian secara khuluc merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.[14] Perceraian secarakhuluc boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk.
iv)        Perceraian Secara Fasakh 
Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[15]
v)         Perceraian Secara Lican
Perceraian secara lican berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.[16]Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan caralican, mengikut hukum Syarac di hadapan Hakim Syarcie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai lican turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. [17]

Info ini saya kongsikan dari Blog Rasmi Jabatan Peguam Negara

Friday, 4 September 2015

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Penulis : emma diana Masa : Friday, September 04, 2015 Comments : 12 Labels :

Assalamualaikum Semua !! 

Woaahh hepii semacam jak emma ni ? hehehhe

Okay emma nak share ngan korang , Blogger Wan Hanisah Wan Mat ade buat 1 GA yang telak menambat hati Emma , 

Yang penting boleh pulak choose Gift untuk 8 pemenang , urmm yang penting emma nak pilih kain batik .... Baru la namanya wanita heheh yang lagi 2 ? tengok entri blogger 
http://wanhanisahwanmat.blogspot.my bahagian komen , emma ade komen kat sana :0 

Dah tak nak cakap banyak , emma nak seru korang join jugak , meh la kite ke link blogger tersebut . 

Just Klik Banner je korang .. okay ? 




Thursday, 3 September 2015

Precious By RCW

Penulis : emma diana Masa : Thursday, September 03, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ,

Precious perfume dari Rozita Che Wan sememangnya suatu ekperimen yang luar biasa! Biasanya saya agak skeptik dengan keluaran bumiputera. Ya, bagi saya, wangian bukan hanya suatu bauan yang menyenangkan tetapi ianya menggambarkan suatu pengalaman, perasaaan, dan juga suatu perjalanan yang mengasyikkan. Oleh itu saya amatlah menghargai wangian yang "lasting" serta tentunya boleh dibawa bersolat. Honestly, dengan "GST", segala-galanya naik terutama ingin membeli perfume import berjenama seperti Chanel, Creed jauh sekali Annick Goutal yang kini berharga lebih RM500. 



Di antara perasaan ingin berbau "exclusive", wangian Creed, Chanel dan Annick Goutal tentunya menjadi pilihan pertama saya tetapi why not try Precious by RCW (singkatan Rozita Che Wan). Satu semburan di nadi ternyata suatu pengalaman yang cukup membuaikan! Syabas Rozita Che Wan, anda telah menghasilkan suatu wangian yang mampu milik, wangian perfume exclusive Rozita Che Wan yang mewah dan yang paling penting EDP. Beza EDP dan EDT amatlah bagai langit dengan bumi, tentunya harga juga berbeda ya..

Jika anda maukan kelainan, wangian mewah Precious by Rozita Che Wan adalah pilihan yang bijak di samping bijak juga melabur duit anda pada wangian 20ml yang mudah dibawa ke mana-mana. 
Murah? Ya.. Mewah ya? Unik juga iya! 

klik gambar untuk tumbesaran

       


Dapatkan wangian Precious dari Rozita Che Wan daripada kami.. Stok terhad, maka bayangkanlah bagaimana hot sellingnya perfume ini. 

Dengan hanya RM29.90 (Cash on Delivery di sekitar Bandar Klang dan juga poslaju RM37 untuk semenanjung dan RM40 untuk Sabah/Sarawak ternyata berbaloi.

Take a chance to be Precious...

Strictly Whatsapp/SMS : 01138843062 - Emma

Tuesday, 1 September 2015

HELLO SEPTEMBER

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, September 01, 2015 Comments : 4 Labels :
Assalamualaikum Hai semua ! hehehe ,


Today Dengan rasa bangga nya emma isytiharkan yang emma bz nak pengsan !! Huwaaa Almaklumlah Awal bulan , kerje pending bulan August x settle lagi kawan !! hahahahha

Tak pe , dengan rasa rendah diri nya disebabkan emma setia dengan blog comel emma ni , emma update entry khas untuk 1 september 2015  . HEHEHHE

Dulu !, Bulan September ni penuh bermakna untuk emma , hahah hendak tahu mengapa , bagaimana , Kemana ? heheheh Selama 6 tahun Berturut2 emma wish Birthday for someone yang bermakna dalam hidup emma , Dulu laaahh , sekarang xde lagi ,

But ! Now , Dari tahun 2010 LAGI EMMA DAH MULA LUPAKAN SEGALANYA TAPI bULAN BERMAKNA BAGI EMMA TIAP TAHUN ADALAH dISEMBERRRRR Eh, Dongak dan tengok ke screen PC Tercaplock pulak ayat2 ni , Alaaaa malas nak delete , Boleh ke x pe ?

Kejar masa ni hehehehe

Azam untuk bulan ni ,

* More to Succes dalam amal ibadah ! FULLSTOP !
Satu dalam Sejuta kan ? Malas nak explain masing2 mesti dah terbanyang2 ape y 1 more to 1 juta tu kan ? hehehe

Eh , nak bagitahu ni, 13 SEPTEMBER 2015 ade job :) Sape nak ikut jom :) sama2 menuntut ilmu :)