LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Friday, 26 June 2015

11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 0 Labels :
  • 1. Main atau gurau kasar

    • Gusti, lawan-lawan, dan lain-lain. Kanak-kanak memang suka main kasar, tapi kebanyakan ibu tak sanggup nak melayan karenah anak nak bergusti. Maka si ayah lah yang dijadikan sasaran.
       says.com
  • 2. Jatuh, luka, lebam, dan calar

    • Ibu selalunya akan lebih kelam kabut bila anak-anak ada luka atau calar di badan, tapi ayah lebih relaks. Luka itulah yang mengajar si anak untuk jadi lebih kuat.
       says.com
  • 3. Main sembunyi-sembunyi (hide and seek)

    • Siapa lagi yang lebih hebat cari tempat sembunyi kalau bukan ayah? Serius. Ayah akan sembunyi di tempat-tempat yang paling unexpected. Jenuh si anak nak mencari.
       says.com
  • 4. Tunggang bahu

    • Jarang kita lihat si anak tunggang bahu si ibu. Bahu si ayah lebih selesa mungkin. Ayah juga lebih kuat dan gagah jadi tiada masalah untuk carry anak di bahu.
  • 5. Buat istana pasir tepi pantai

    • Istana yang ayah buat mesti lagi cantik daripada yang kita buat. Padahal ayah buat pakai tangan, kita buat siap pakai penyodok pasir, bekas kecil, dan macam-macam lagi peralatan. Hebat betul ayah.
  • 6. Mengembara

    • Si ayah memang cukup cekap dalam hal ini. Bagi kanak-kanak, naik basikal pusing taman pun dah dianggap seperti satu pengembaraan. Jadi, dengan siapa lagi mereka mahu jadikan pengembaraan mereka lebih bermakna kalau bukan dengan si ayah?
  • 7. Bersukan dan bersenam

    • Seiring dengan mengembara, si ayah juga lebih pandai handle si anak dalam bersukan. Ayah akan belikan kasut baru, jersi, dan bawa si anak ke padang, semata-mata untuk galakkan mereka melakukan aktiviti sihat.
  • 8. Berenang dan bermain dalam kolam

    • Tunjuk saja kolam, laut, sungai atau taman tema air, jarang sekali kita lihat si ibu yang melayan karenah anak-anak dalam air. Selalunya si ayah adalah perenang yang lebih hebat. Mereka juga tidak akan putus asa mengajar anak terapung sampai berjaya.
  • 9. Camping

    • Senang cakap, apa-apa tentang camping memang kena bagi pada ayah. Lebih hebat kalau si ayah bawa anak-anak pergi berkhemah sendiri tanpa ibu. Percayalah, si ayah memang mampu.
  • 10. Serangga, binatang terbang, dan segala haiwan kecil yang menakutkan

    • Kalau anak-anak takut atau geli pada lipas, pergi saja pada ayah. Si ayah kadang-kadang akan ambil lipas itu dengan tangannya sendiri tanpa rasa gentar. Kalau si ibu mungkin akan menjerit sama-sama dengan si anak.
  • 11. Memasak

    • Urusan dapur dan memasak tak semestinya si ibu sahaja yang pandai. Kebanyakan ayah di luar sana sebenarnya lebih pakar dalam bidang masak-memasak berbanding si ibu. Betul tak???

  • Ayah sememangnya layak digelar sebagai adiwira atau hero kepada setiap anak. Saksikan lagi kandungan video menarik untuk kita lebih menghargai pengorbanan bapa.

No comments:

Post a Comment