Followers yang baik hati

IKLAN

IKLAN

Tuesday, 30 June 2015

Macam mana nak naikkan views setiap bulan :'(

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, June 30, 2015 Comments : 4 Labels :
Dilema la kawan ..

macam mana ni nak naikkan pageviews ? Aku dah try BW blog kawan2 , join GA pun ya , tapi nampak nya blog ni masih tak dapat mencuit hati blogger2 lain n pembaca2 lain .

Think positif :)

Jom support emma nak ? setiap kali korang datang singgah sini , tinggalkan jejak or komen kompom emma singgah balik blog korang :)

BLOG PAGEVIEWS

FROM NUFFNANG

RAMADHAN JANGAN PERGI

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, June 30, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum , 

June [ bulan 6 ] telah melabuhkan tirai , 
July pula tiba . Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas , RAMADHAN jangan Pergi .. hurmm .. kalau boleh nak ramadhan setiap bulan .. Sebenarnya bulan ramadhan ni emma banyak kerje yang tak terlaksana lagi , Contoh macam nak qatam Al-quran. Allahu , Sungguh rugi umat mu ini ya allah .

Tekat mulai harini ikut jadual seperti mana yang di jadualkan dulu , mengaji selepas solat , yang tak suka kat tempat keje emma ni , waktu solat kite pun dia nak berkira , hurmm . Aku takut Allah bukan Aku takut kau Bangsa CINA ! kadang emma xkesah kalau kene cemuh lambat masuk office , yela kite nak baca Al-quran bukan macam baca novel , gelojoh2 baca . PENGHAYATAN tu kene ada , baru la ibadah kita di kira :) 

Okay tak nak marah Aiyh .. So mulakan azam baru Say Hello to July :) 


Adab Suami Ketika Isteri Mengandung

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, June 30, 2015 Comments : 0 Labels :
Adab Suami Ketika Isteri Mengandung



Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

1) Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2) Hendaklah berlaku jujur & setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4) Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak terhadap isteri.

5) Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subhanaka inni kun tum minadzolimin"
Maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

6) Suami hendaklah kerap melakukan solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri

Sunday, 28 June 2015

TERIMA KASIH CINTA - Tasha Manshahar ft RJ

Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 4 Labels :


Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 1 Labels :

Harini Emma nak share info , dari doc pakar wanita . rasanya ramai jugak blogger wanita yang patut ambil tahu , kawan2 jom baca . INFO bagus ni .. 


KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

MENANG Giveaway SI Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum . ramadhan 12 harini dapat taw kite pemenang GA SI Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang 

Yeay Alhamdulillah Emma salah seorang dari pemenang , bertmbah lagi novel di rak emma . Jyeaahhh . New Ilmu .. menang dua kategori taw , 1 tu nak hadiahkan buat suami :) 

Kategori Katogari Isteri Cemerlang






Katogari Suami Cemerlang






Alhamdulillah Terima kasih Sheila Adziz [ Link GA ]
Korang ade join tapi xtaw status ? pergi cek cepat kat link nama sheila Adziz tu ye :) 


    Adap menumpang kereta Orang

    Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 1 Labels :
    Disebabkan Orang selalu menumpang kereta Haku ! 
    Dan aku selalu perati je pangai dia . 

    1 - jangan letak kaki atas Dashboard
    2 - Jangan Complain kalau owner tak nak pasang Aircond
    3 - jangan kutuk kutuk walaupun kereta dia buruk 
    4 - jangan ROMEN dalam kereta 
    5 - Hulur duit minyak laaa


    Stats Post

    Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 0 Labels :

    Nak tergelak aku tengok Stats post aku sendiri , urmm Dengan rendah diri nya nak tunjuk y stats post emma xpernah cecah Dua ratus Views .. Tak pelah .. Ape ye cara nak naikkan stats post nie ? Viewers tak ramai ,

    Please share tips ..

    Peraduan Teka-Teki SAFI Balqis White Trilogy

    Penulis : emma diana Masa : Sunday, June 28, 2015 Comments : 0 Labels :

    Sertai Peraduan Teka-Teki SAFI Balqis White Trilogy dan menangi hadiah-hadiah wang tunai menarik! Sertai sekarang:




    CARA-CARA PENYERTAAN:

    1. Terdapat tiga (3) soalan teka-teki di dalam Peraduan dan peserta dikehendaki menjawab soalan teka-teki dengan betul untuk ke soalan seterusnya.

    2. Selepas menjawab ketiga-tiga (3) soalan teka-teki, para peserta dikehendaki melengkapkan slogan “Safi Balqis White Trilogy memberikan saya” tidak melebihi sepuluh (10) patah perkataan.

    3. Sepuluh (10) patah perkataan dikira selepas perkataan “saya” pada slogan.

    4. Peserta perlu mengisi borang penyertaan dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan baharu, alamat emel, nombor telefon dan alamat rumah yang lengkap.

    5. Peserta boleh bermain dan menghantar seberapa banyak slogan yang diingini, tetapi hanya dibenarkan untuk memenangi satu (1) hadiah utama atau satu (1) hadiah sagu hati sahaja.


    6.  
      BAGAIMANA UNTUK MENANG:
    1. Slogan dipilih berdasarkan:
      1. Kreativiti, dan
      2. Berkaitan SAFI Balqis White Trilogy
    2. Panel juri akan memilih satu (1) hadiah utama, satu (1) hadiah kedua, satu (1) hadiah ketiga dan dua puluh (20) pemenang sagu hati.
    3. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
     Tempoh Peraduan adalah dari 2 Jun 2014 - 31 Julai 2014.
      Hadiah-hadiah






      Friday, 26 June 2015

      Lee Kwang soo kurang Ajar ?

      Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 8 Labels :
      Assalamualaikum .

      Hai korang .. Muke letih je tu nengok nya hehehe . Senyum sikit meyh .

      Tahun ni Dugaan bulan puasa sangat kuat , Panas terik , Aku sendiri pun tak tahan sampai terliur tengok air paip . haks ! Harini dengan bangganya hepi kan diri walaupun seminggu ni lebihkan masa pada blog je , nak try naikkan pageview tapi tak dapat , hurm mmg xboleh , mybe ramai y tak suke blog aku kot ? hehehhe ntah la jaaahh , Tipah pun tak tahu . 


      Korang jangan tertipu dengan gambar ni , heheheh semua dusta , lebih pencahayaan je ni Ngeee . Tapi Iphone camera memang terbaik katako . tak payah edit2 memang dah cantik , bagus betul la . 5 start bagi bintang , hehehhe

      Eh korang mesti tertunggu2 ape yang aku nak cerita pasal lee kwang soo tu kan ? hahahahha Dengar cerita LKS makin teruk dalam rancangan running man , Eii jangan la buli lee Kwang soo kite ! hahahahhaha balik balik RUNNING MAN x bosan ke ? LKS buli Kim jong kook Eh ? Dye tarik seluar KJK eh ? Korang jangan marah2 dye , urnmm bab Main kotor bagi je LKS heheheh ..


      Hahahaks , nak tergelak je tengok gambar ni ngam la tu . LGS + Girrafe . 
      Mueheheheh . Aku buli dye pulak ..


      Hahahah KJK alalala superhero + Tiger . heheheh 

      ngam la kan dua2 kene buli ngan aku .. Muehehehhe 





      MENANGI pakej di 'Mustika HomeSpa & Bridal'.

      Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 2 Labels :
      Bismillahirahmanirrohim .. Assalamualaikum ..
      Korang Emma nak minta tolong jasa baik korang , korang sayng emma kan ? Hehhehe Alahhh , simple je , Just like sahaja , kalau korang nak join pon Boleh Will Support you all :) 

      Emma ada masuk 1 contest from kakak comel Kak Nuriz Sani [ FB ] ..
      Tertarik pulak GA yang dye buat , mana tau rezeki kan ? So keje korang mudah je , minta tolong like kan pic emma boleh ? 

      klik LINK ni n like sahaja :) Emma bagi Upah Sayang 1juta kali :) Tarikh Tamat jatuh pada syawal ke-3 Korang mesti tolong Emma nahh ..

      Hehehhe . Lama x rasa Sentuhan Andaman ni .. Klik Gambar kat sini [ LINK ]

      Gambar yang di yang gunakan untuk Join Contest

      Simple Makeup By Me + Lens Kosong untuk rabun .

      Nak Menang Untuk rasmikan homespa Kakak Comel NuRiz Sani D'Touch & Pakej2 di 'Mustika HomeSpa & Bridal'..
      -Jom Like Ramai Ramai Pic ni .( Mana Tau Rezeki )
      -Korang nak join ? Boleh je . Pergi Terjah Facebook Akak - Nuriz Sani D'Touch .
      - Tarikh tutup penyertaan raya ketiga -


      NUFFNANGERS WHO RECENTLY VIEWED YOUR BLOG #11

      Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 8 Labels :
      Alhamdulillah terima kasih sudi singgah sini :) , 
      Emma Dah Bw semua . korang nak exchange link pon boleh :) 
      tapi paling best Lyssa singgah sini hehehhe . TQ lyssa :) 




      Highlight link tarik pergi New Tab ya :)

      http://www.blogmarki.com/
      http://sayaiday.blogspot.com/
      http://azhafizah.com/
      http://feycasnowie.blogspot.com/
      http://lyssasecret.com/
      http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
      http://myraazraff.blogspot.com/
      http://angellovesoldier.blogspot.com/
      http://gadeez-dec.blogspot.com/
      http://ummiberbicara.blogspot.com/
      http://buatwanita.blogspot.com/
      http://ayunirafilah.blogspot.com/
      http://penulishingusan.blogspot.com/
      http://murnialysa.blogspot.com/
      http://stnrsyfh.blogspot.com/




      CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS #4

      Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 0 Labels :
      Assalamualaikum .

      Alhamdulillah setelah berbulan aku tunggu blog stats naik balik , Aku dh tau ape rahsianya . hahahha ..Terima kasih Nuffnang . untuk June ni Ade beberapa campaigns On Going , hehehhe Hati berbunga bunga dah ni ..

      ' Rezeki CPUV masuk lagi terima Nuffnang memberi iklan lagi..
      Cpuv yang aku dapat ini ialah U-Mobile Blogger Ambsssador, Nando's Sedap Sangat Ke , Resort World Sentosa '

      Terima kasih pada yang sudi singgah blog aku yang gonjeng ni hehehhe .. Makin aku banyak meluang masa kat blog makin pending keje aku hahahaks . 

      Tapi jangan risau , jadual berblogging dan buat keje tetap ku uruskan , Ngee 

      CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS



      11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

      Penulis : emma diana Masa : Friday, June 26, 2015 Comments : 0 Labels :
      • 1. Main atau gurau kasar

        • Gusti, lawan-lawan, dan lain-lain. Kanak-kanak memang suka main kasar, tapi kebanyakan ibu tak sanggup nak melayan karenah anak nak bergusti. Maka si ayah lah yang dijadikan sasaran.
           says.com
      • 2. Jatuh, luka, lebam, dan calar

        • Ibu selalunya akan lebih kelam kabut bila anak-anak ada luka atau calar di badan, tapi ayah lebih relaks. Luka itulah yang mengajar si anak untuk jadi lebih kuat.
           says.com
      • 3. Main sembunyi-sembunyi (hide and seek)

        • Siapa lagi yang lebih hebat cari tempat sembunyi kalau bukan ayah? Serius. Ayah akan sembunyi di tempat-tempat yang paling unexpected. Jenuh si anak nak mencari.
           says.com
      • 4. Tunggang bahu

        • Jarang kita lihat si anak tunggang bahu si ibu. Bahu si ayah lebih selesa mungkin. Ayah juga lebih kuat dan gagah jadi tiada masalah untuk carry anak di bahu.
      • 5. Buat istana pasir tepi pantai

        • Istana yang ayah buat mesti lagi cantik daripada yang kita buat. Padahal ayah buat pakai tangan, kita buat siap pakai penyodok pasir, bekas kecil, dan macam-macam lagi peralatan. Hebat betul ayah.
      • 6. Mengembara

        • Si ayah memang cukup cekap dalam hal ini. Bagi kanak-kanak, naik basikal pusing taman pun dah dianggap seperti satu pengembaraan. Jadi, dengan siapa lagi mereka mahu jadikan pengembaraan mereka lebih bermakna kalau bukan dengan si ayah?
      • 7. Bersukan dan bersenam

        • Seiring dengan mengembara, si ayah juga lebih pandai handle si anak dalam bersukan. Ayah akan belikan kasut baru, jersi, dan bawa si anak ke padang, semata-mata untuk galakkan mereka melakukan aktiviti sihat.
      • 8. Berenang dan bermain dalam kolam

        • Tunjuk saja kolam, laut, sungai atau taman tema air, jarang sekali kita lihat si ibu yang melayan karenah anak-anak dalam air. Selalunya si ayah adalah perenang yang lebih hebat. Mereka juga tidak akan putus asa mengajar anak terapung sampai berjaya.
      • 9. Camping

        • Senang cakap, apa-apa tentang camping memang kena bagi pada ayah. Lebih hebat kalau si ayah bawa anak-anak pergi berkhemah sendiri tanpa ibu. Percayalah, si ayah memang mampu.
      • 10. Serangga, binatang terbang, dan segala haiwan kecil yang menakutkan

        • Kalau anak-anak takut atau geli pada lipas, pergi saja pada ayah. Si ayah kadang-kadang akan ambil lipas itu dengan tangannya sendiri tanpa rasa gentar. Kalau si ibu mungkin akan menjerit sama-sama dengan si anak.
      • 11. Memasak

        • Urusan dapur dan memasak tak semestinya si ibu sahaja yang pandai. Kebanyakan ayah di luar sana sebenarnya lebih pakar dalam bidang masak-memasak berbanding si ibu. Betul tak???

      • Ayah sememangnya layak digelar sebagai adiwira atau hero kepada setiap anak. Saksikan lagi kandungan video menarik untuk kita lebih menghargai pengorbanan bapa.

      Isteriku Bukan Tukang Masak

      Isteriku Bukan Tukang Masak

      Kerana tidak pandai memasak, pasangan baru berkahwin Safirah & Zharif seringkali bergaduh sehingga Zharif membawa diri ke restoran bekas kekasihnya Hanna. Dapatkah hubungan mereka bertahan disebabkan isu tersebut?

      FULL VIDEO - Isteriku Bukan Tukang Masak - [ LINK ]

      Thursday, 25 June 2015

      Biodata Nur Fathia Pelakon Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3


      Biodata Nur Fathia Pelakon Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

      Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff

      Nama Popular: Nur Fathia


      Tarikh lahir: 1 September 1987


      Umur : 28 tahun (2015)


      Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang


      Bangsa: Melayu


      Warganegara: Malaysia


      Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik


      Kerjaya: Pelakon dan Model


      Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)


      Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff
      Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff


      Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose, Dia Isteri Luar Biasa






      Fathia Latiff feat Shukri Yahaya - Tak Pernah Lirik (OST Dia Isteri Luar Biasa)

      Sebuah Ost lagu Slot Akasia TV3 ( Dia Isteri Luar Biasa ) Adaptasi dari Novel Dia Isteri Luar Biasa . Superb Bravo untuk Kak Umie Nadzimah kerana novel Owsome ni . 



      Fathia Latiff feat Shukri Yahaya - Tak Pernah Lirik



      Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
      Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
      Mengapa terjadi

      Ku tak pernah terfikir ku kan memiliku cintamu
      Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
      Mengapa perasaan ini hadir

      Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
      Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
      Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
      Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

      Mengapa terjadi

      Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
      Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
      Ku tak terfikir ku kan memiliku cintamu
      Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

      Mengapa terjadi

      Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
      Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
      Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
      Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

      Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
      Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
      Mengapa terjadi

      Wednesday, 24 June 2015

      Letak Gambar Atau share link GiveAway di Di sidebar blog korang

      Penulis : emma diana Masa : Wednesday, June 24, 2015 Comments : 2 Labels :
      Pagi ni terbaca pulak komen kat blog aku ni , ade yang mintak buat tutorial , hahahha dengan baik hati nyer aku share . Act tak pernah pun aku buat entry tutorial kat blog aku ni , heheh hari ni terrajin , dengan bangga nya create sendiri tnpa copay ayat blogger lain .

      Soalan kawan kite Cik AinAthirah Anuar
      Ni cara emma masukkan gambar kat blog bahagian sidebar blog emma ikut step ye , mana yang tak tau boleh tanya yang faham nasib la , lagi pun sume follower emma blog kemas dan cantik :)

      Okay step 1 , korang pergi Dashbord . dan pilih LayOut



      Step Kedua , pilih Add a Gadget



      Step ke tiga korang cari - Image ( nampak button ( + ) klik .



      Step Empat - korang masukkan Title , Caption , Web ( link ) GA ke Promote blog kawan ke , xkesah

      Jangan lupa save n publish k ? ( View Blog )



      Step Lima - Done


      Dah dapat ?  Menjadi x ?  kalau menjadi meh komen bawah :) 


      Exchange Link?