LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Friday, 15 May 2015

Selamat Hari Ibu & Guru Buat Mama

Penulis : emma diana Masa : Friday, May 15, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum semua .

Selamat hari guru sedunia . terutama buat mama , selamat hari ibu juga . Kakak tak ada apa yang nak di buat selebrate macam kawan2 lain , macam ibu2 yang lain , hanya bekalan doa sahaja kakak mampu . tak lupa juga buat ibu mertua ku yang sporting :) Terima kasih kepadamu IBU atas segala yang telah engkau berikan kepada ku..Terima kasih segalanya..

kami sayang mak !

Doa untuk Ibu... 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Ya ALLAH Ya TUHAN ku Rendahkan lah suara ku, perindahkanlah ucapan ku dan lembutkan lah hati ku untuk IBU ku Berilah beliau balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku... Peliharankanlah beliau  sebagaimana beliau memeliharaku... 

Ya ALLAH Ya TUHAN ku Ampunilah segala dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana beliau mengasihani diriku sejak kecil.. Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berilah keberkatan dunia dan akhirat dalam kehidupan kami sekeluarga... Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara pengasih.. 

Amin..

Selamat Hari guru Mama !

Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab 
dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna . 

Biar penat berdiri,
jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk,
jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap,
janganpenat berharap.


Kenapa kejap panggil mama kejap panggil mak ? 

panggilan dalam rumah adik2 sume lain2 panggilan , 

Abang je yang panggil umi :)
Aku & adik2 yang lain : panggil mak , mak . kadang2 mama
Adik bongsu : panggil mama .

No comments:

Post a Comment