Followers yang baik hati

IKLAN

IKLAN

Monday, 25 May 2015

Bila Hati Telah Hitam

Penulis : emma diana Masa : Monday, May 25, 2015 Comments : 0 Labels :
Bila hati telah hitam...

Manusia kehilangan arah Pegangan semakin hilang Kepercayaan kian luntur Kebaikan disalah erti Kebenaran akan lenyap Kepalsuan menjadi bukti Hasad merantai diri Dengki menyala di hati Bila hati telah hitam Manusia kian rosak Perasaan menguasai fikiran Yang haram menjadi halal Yang nyata menjadi sirna Jiwa sering tertekan Ketenangan tiada lagi Fitnah dan dusta menjadi mainan Bila hati telah hitam... Dunia memuntahkan kebosanan Hidayat Allah semakin menjauh Dari sekumpulan manusia Yang menagih kebenaran Bila Hati telah hitam... Keimanan kian tandus Kejujuran akan hilang Kejahatan beraja di hati Kepincangan menguasai diri Akhirnya... Manusia mati dalam kelalaian Tanpa keinsafan Tanpa keampunan!


Nukilan,

-CT Nurza-

*Diterbitkan di Radio IKIMFM dalam segmen "Nukilan" jam 10:43mlm tanggal 27 Okt 2008. *Puisi ini telah pun dimuatkan dalam "Buku Antologi Puisi" penulis-penulis Pahang berjudul "Kampung Pagi" yang diselenggarakan oleh En. Roslan Madun. Terima kasih abg Lan kerana memilih puisi ini...ia sangat bermakna bagi saya kerana sewaktu puisi ini terhasil sekitar tahun 1998, saya masih lagi bertugas di salah sebuah Farmasi di Shah Alam sebagai Pembantu Eksekutif Akaun dan puisi ini terhasil secara spontan apabila melihatkan sikap-sikap manusia di depan mata yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan wang.

dipetik dari blogger kak CT Nurza

No comments:

Post a Comment

Exchange Link?