LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Monday, 27 April 2015

Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog #9

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 27, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum , Harini nak update ape ye ?

supaya blog tak sunyi , hehehhe emma harini mencuri tulang sendiri di office kecil ku ini , Dari masuk office kol 9pagi , bukak facebook reply text deme yang nak order azanis ngan maskara yang tengah hot sekarang ni .. 

Then emma merajinkan diri bukak twitter dan sebagainya , churp2 , Nuffnang , 8share hehe , semua pendapatan untuk berblogging , sekurang2 nya membawa hasil kan kan kan ? asalkan x buat korang marah hehehhe :p

la ni nak update mereka yang rajin singgah ke sini , saya nak bagi 5 bintang :p



terlepas nak follow mereka ? boleh singgah ke entry ni 

Mascara Fibre Love Alpha PINK

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 27, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamaulaikum semua ,

Woahh harini terrrrrRajin pulak nak update entry berkali kali hahahks . Ehh Nampak beno ko free kan emma . keje goyang kaki je kat office ni hehehhe . sambil sambil dengar see you Again *mybe wrong title* FF7 ost hehhe .

Nak nak gaji ni emma nak review sikit product yang tersangat la hot di pasaran sekarang . bagi bertambah hot hot korang , kalah mak jemah taw .. 

Okay tadi ade la beberapa rakan facebook bertanyakan tentang Maskara emma , hahah bukan palsu taww taww taww . Emma pakai maskara sahaja . yang best sekali kalis air , takkan jatuh berguguran dek kerana menangis gaduh dengan pakwe & walaupun kene hujan badai ribut taufann hahahha melampau kan kau emma ayat . hahahha yang belakang tu tipu je jangan percaya hahahaks

Mascara Fibre Love Alpha PINK

Cantik kan ? warna pink gituu , sesuai la untuk gugurl mcm kite ni , kan ? Dekat bawah ni ada emma ade kepilkan gambar sample untuk sebelum dan selepas [ gambar sendiri ] urm bagi yang tak kepercayaan , tidak dialukan untuk membeli ,bukan ape , takut - takut faktor pengsan bila melihat bulu mata sendiri lentik giler kaw kaw dek kerana 250% lentik la tersangat weyhh bulu mata korang nanti heheh.



Mascara Fibre Love Alpha PINK
Mascara Fibre Love Alpha PINK 1box ade 2 batang , [Box dye pun dah lawa . huhuhu]

1- Transplanting gel . 2- natural fiber [dry]
rasailah kehebatannya ..

Tak perlu nak pakai pakai bulu mata palsu bagai , kang kalau gelak terbahak2 bila jumpe kawan kat kenduri kawin tu tak pesarasan bulu mata sebelah dah hilang [ INI TAK KELAKO ] hahahha tapi nak gelak jugak !! heheheheh sendiri buat lawak sendiri gelak sorang2 depan lappy ni hahahhaks 

Mascara Fibre Love Alpha PINK

Yang best tentang maskara ni , 5x ganda kelentikan nya , sekali pakai pun dah lentik , kalau double apply kat bulu mata lagi lentik kan kan kan :p ehhh serius maskara ni tersangat la bagus taw .. tak caya ? mai usyar pic bawah ni . jangan pening fikirkan tentang harga , bawah RM50.00 sangat la berbaloi , tahan 1 bulan , tengok jugak cara penggunaan , yang dok pakai sehari 5 kali memang tak smpai sebulan la maskara ni . dalam box ada cara penggunaan. 


nanti korang zoom ye ? 
Jangan tengok lipstick , kang nanti ade yang minx review heheheh ..

nak tengok vid demo ? boleh je , tapi bukan emma la ye y buat vid , di petik oleh rakan urus niaga emma , kak Muslihah Hassan , 

VIDEO TUTORIAL MASKARA SINI [ klik sebelah tu ]

****************

Awas !! baik korang baca ..

Pengalaman sendiri : Sebenarnya emma bukan lah suka pakai makeup dan sekutu dengan nya , tapi bila waktu kenduri tu ade jugak sedikit jeles dengan kawan kawan yang lain , sebab mereka lagi pandai makeup , emma ni jenis pakai krim siang bedak baby jonsonjonson tu . tu je nye punn .. huhuh .. Akan tetapi , sejak terbeli Maskara super power 5x power nya ni emma terus minat nak itu nak ini , kalau boleh nak tambahkan koleksi barang2 makeup hehehe . 

Pada rakan rakan blogger , kawan facebook , kawan twitter , kawan main masak masak dulu kalau nak Order maskara ni boleh terus contac emma kat sini ,


************************
Mascara Fibre Love Alpha PINK 
[ Stock tersangat terhad ]
RM47.00 SIAP POS
************************


ORDER SINI 

FACEBOOK : EMMA DIANA [ FULL FRIEND ]

SECOND FACEBOOK: EMMA DIANA II  [ jika nak add ] 

TWITTER : @SUARAEMMADIANA

INSTAGRAM : EMMA_DIANAMAZLAN [ Personal ] 
EMMA_PROJECTHOUSE [ Online Shopping ]

WHATSAPP : 011-38843062

EMAIL : emmadiana77@gmail.com


Alhamdulillah terima kasih sudi dengar bebelan wanita besi ni hehehe . 


Segmen : Kata-kata Semangat Dari Awak

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 27, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum , 

Hai lama rasanya tak di tag hehehe . la ni kite kene tag la korang dari adik cute ni SINI macam best je segmen ni . hehehe

Klik Gambar cute ini 

Syarat Syarat

1. Follow blog Ira.
2. Like fanpage Ira ye. Ada dekat sidebar.
3. KLIK SINI , SINI & SINI   *please jujur*
4. Klik nuffnang Ira jugak ye.
5. Buat entry yang bertajuk "Segmen : Kata-kata Semangat Dari Awak"
6. Tempek banner yang tak seberapa tu dalam entry korang.
7. Dalam entry tu, korang kasi 3 kata-kata semangat untuk apa-apa je. Tak kisah la. Kalau nak letak lebih pun takpe. Kalau nak letak gambar pun boleh jugak. Tapi please jangan ambik dekat Encik Google ye.
8. Tag 5 rakan dan pastikan diaorang semua tahu k.
9. Dah siap? Letak link dekat post ni je tau ^^
10. 20 orang peserta bertuah akan Ira letak dalam bloglist Ira. (random.org)

Tarikh Tamat : 27 April 2015 (tarikh penentu kejayaan Ira)

Nah pesanan dari kakak cute , baca taw taw taw taw :p


 1 - Jadi Anak/Isteri yang Solehah , dan yang mulia di sisi allah 

2 - Semoga tabah dengan apa jua dugaan , senyum dan sabar adalah ubatnya

3 -Buat yang terbaik dari yang baik pernah anda lakukan selama ini

**********************

Tag100 blogger boleh ?? hahaha

emma tag 5 blogger yang emma sayang ek


Sunday, 26 April 2015

“MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

Penulis : emma diana Masa : Sunday, April 26, 2015 Comments : 0 Labels :

“MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tak menyisakan sedikitpun prasangka bahwa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK SERINGKALI DINISTA?
Kerana orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulai perkara.

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tak ingin membahagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahwa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.

NAMUN ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA.
Kerana orang baik selalu memandang bahwa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah mengiringnya, bagaimana ia akan mendebat kehendak-NYA. Itu sebabnya orang baik tak memiliki dendam dalam kalbunya. Jika kau buka laci2 di hatinya, akan kau temukan hanya Cinta yang dimilikinya.

"Kamu, kamu yang membaca ini pastinya ORANG YANG BAIK itu, kann….” 

Lets Party Birthday time

Penulis : emma diana Masa : Sunday, April 26, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ,

Jemput klink iklan saya kat SINI 

Hai korang ingat lagi tak entry emma tentang birthday Muhammad Akif Yusof ? Haaa kantoi korang tak baca kan ? nak singgah SINI baca . dah habis baca ? jom cont entry ni ..

Semalam Ade selebrate hari jadinya , yang ke 2 tahun untuk tahun 2015 :) rasanya harini nak belanja pic je boleh ? hehhe tak nak menaip pepanjang , mood today not bad sangat gara2 kene marah ngan en sayang pagi tadi huhuh .. Eceh xde lah , 

Semalam pagi2 dari banting [ Rumah Emma ] nak ke klang pukul 8 pagi , Naik motor je .. sampai je kg delek klang terus cium Aqil [ Anak buah , cucu sulong mak ayah ] heheh dah puas main ngan dia terus g rumah kina [ sepupu , yang nak buat kenduri ni ] dalam kol 9 pagi tu la , dok rewang2 , goreng2 ayam , potong2 kek pisang , potong2 buah , goreng popiah sampai la badan berpeluh hahaha . 

nama pun orang jawa rewang la puas2 mase ni la sempat bergurau senda dengan sedara mara , makcik makcik , tapi tak semua ade , yang ade je la mengajak sembang hehehe ..

tepat kol 12 tengahari balik rumah mandy siap2 , selpiak 1 kali untuk ke majlis kesyukuran & sambutan hari lahir Akif dan atuknya , pic atuknya xdok , bnyak kat camera dslr . 

Jangan tanya pasal maskara . nanti emma review hahahah , TUNGGU :p

Jangan banyak tanya , nanti emma review pasal maskara hehehe .

Nah jum layan ..


Emma , Nissa [ Adik ] dan Ojik [ Sepupu ]

Birthday Boy , Orang nak kiss laaa akiff.. Budak takut ballon hahahha

My sepupu with Adik2 . Aku paling tuek kat situ , huhuh tapi cute bhaa

NI budak cute ngan budak gonjeng :p

Lipstick mahal hilang dah gara2 rimas hehehhe

Ni ibu Akif

Kek Akif , Nyummy sedapnyaa

tu je sempat emma snap , bnyak pic xde snap , pic makanan ape sume kan ? Terima kasih sudi baca sampai ke titik nokhtah ni :p hehehhehe.

Saturday, 25 April 2015

11 Fakta Menarik Tentang Running Man Lee Kwang Soo

Penulis : emma diana Masa : Saturday, April 25, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum semua .

hehehe entry ptg ni nak update pasai ini !

Lee Kwang soo !! tipu kalau korang tak kenal !! hahahhaks !! alaa yang ulang2 iklan LINE App kat tv tuuu .. kanss !

sementara nak tunggu pukul 5 running man kat tv2 ni hehehe aku nak update sikit , ni pun info semua dari web AstroGempak.com :)



Siapa yang tidak kenal dengan figura popular dan juga hos Running Man Lee Kwang Soo.

Sebut sahaja namanya, pasti penonton setia rancangan variati Running Man terbayang akan telatah lucu dan juga reaksinya dalam rancangan tersebut.

Selain tu, Lee Kwang Soo juga terkenal sebagai seorang yang ceria, tidak sombong dan pandai mengambil hati peminat.

Oleh sebab itu, dia diberi jolokan ‘Prince of Asia’ oleh para peminatnya.

Dikenali dengan beberapa nama seperti ‘Girin’, ‘Kwangja’ ‘Kwangvatar’ dan pengkhianat melalui beberapa episod Running Man, Kwang Soo juga mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin tidak diketahui oleh penonton.

Berikut merupakan 11 fakta menarik tentang Lee Kwang Soo.

1. Air minuman kegemaran Kwang Soo ialah Coke oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa nama twitternya ialah @masijacoke85.

2. Kwang Soo alegi kepada kacang Gingko, malah dia juga mendedahkan peristiwa yang hampir meragut nyawanya gara-gara termakan kacang tersebut.

3. Dia juga tidak boleh makan makanan yang terlalu pedas.

4. Kwang Soo gemar melukis komik dan grafiti sehingga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis namun tidak mendapat sokongan keluarga.

5. Mempunyai rabun jauh dan hanya akan memakai kanta lekap semasa bekerja sahaja.

6. Pernah mempunyai teman wanita dalam bidang yang sama (pelakon) tetapi sehingga kini masih tidak tahu siapakan gerangan wanita tersebut.

7. Pelakon ini juga pernah mengalami masalah berat badan namun selepas menjadi model dia kemudiannya rajin bersenam untuk mencapai berat badan ideal.

8. Warna kegemarannya ialah hitam. Hampir kesemua koleksi pakaiannya adalah warna tersebut.

9. Sangat rapat dengan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo. Malah Kwang Soo juga menganggap mereka seperti abang dan kakaknya sendiri.

10. Peminat fanatik kepada Yuri (Girl Generation).

11. Tidak pandai menari. (Ya Kwang Soo semua orang tahu yang ni hihihi)

Anasayoooo .. Hari hari makan sayooooo :p xoxo

Friday, 24 April 2015

GIFT AZANIS 3 UNIT

Penulis : emma diana Masa : Friday, April 24, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum semua ,

Hai selamat petang korang . Woahh petang petang ni rajin pulak kite mengupdate kan ? hehehe

Okay ni haaa nak cerita kan sebuah cerita . hahah paham ? dah belit2 ayat . minggu lepas emma ada buat contest kat FACEBOOK tapi contest tu pun berjalan mcm nak tak nak je , macam tak ade sambutan ..

kalau la emma buat contest kat blog mesti korang join kan ? :) sebab emma taw korang tak pernah sombong nagn emma :)

sedih giler xde sambutan

haaa nampak tak , xde sambutan kan ? emma saje buat contest mcm tu , sebab emma nak tengok kretiviti pemikiran rakan2 facebook untuk merangka ayat . bukan suruh buat karangan pun kan ?? hahahha alkisahnya bukan nak marah tapi macam aku syok sendiri kat facebook tu hahahha . kesakitan hatiku . Huarghhhh !!

Then emma malas nak pikir panjang tibe2 pulak nak update status macam ni untuk dapatkan sambutan , try cuba test je senanya update status mcm ni . 

woah cepat je mereka jawab

then emma dapat 1 pemenang yang jawab dengan tepat , hanya sekali jawapan je , rezeki dia kan ? hehehhe so emma dah pun pos pada dye , minx selfie dengan product , mybe malu kot kan , heheheh pastu emma minx dye snap product je la sebagai bahan bukti barang dah sampai , :) so kita tunggu testimoni dari dia nanti ya :)

then emma bagi gift pada 2 blogger comel untuk review product emma , Insyaallah jalan dengan lancar . Amiin ..  emma offer minta di review . almaklumlah kita ni kalau nak berjaya kene ada usaha dengan apa jua . asalkan hasil nya berbuah buah , Alhamdulillah mereka suke product azanis . bayang kan 1 malam pakai je dah kata best . woaah masing2 dah jatuh cinta kat Azanis scar serum . seronok je dengar deme cakap cmtu . 

1- http://tengkubutang.blogspot.com/
2- http://www.zazazehra.com/
3 - http://lekatlekitgurl.blogspot.com/

Zaza zehra blogger comel 

Tipu kalau korang tak kenal blogger ni kan ? hehehe

lagi 1 blogger kita tunggu dye update pic kat emma ye ? sbb barang dye baru pos je tadi petang .

korang nak beli ? boleh je , emma bagi 20% siap free postage taw :) 

jangan lambat2 order , sebab nanti terlepas , lagi 1 , emma nak ingatkan korang pada yang pernah nampak product azanis harga bawah rm50 tolong ambil perhatian ye ? mereka jual tanpa pulangan wang jika product tiada hasil pada kulit korang , hati2 . 

jika ternampak product macam ni 1 product gemuk 1 product lagi kurus , ini bukan fake ya , tapi itu packing lama , yang kurus tinggi botol nya tu .. ok ?


Okay sekian hanya itu sahaja emma nak share untuk harini , 

Makin best pulak kalau rapat ngan blogger ni , sebab boleh share pendapat . hehehe selama ni hanya suke2 je blogging :) 




Thursday, 23 April 2015

Design Last kopek

Penulis : emma diana Masa : Thursday, April 23, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum,

Hai korang , nak mintak pendapat, pertaman kali nya mendesign sendiri baju ni .  Dan emma dalam proses untuk tggu baju siap , haiyh makin semangat kite wok :p

Rase nyer ni je kot boleh ku luahkan idea , simple x ? ke krauded sangat ? hahaha abaikan ejaan salah tu hahahah .. yang belakang tu agak xcentre ayat . but emma dah minx orang y yprint kan baju tu centre kan ayat . insyaAllah cantik , kalau korang kata cantik , maka cantik lah ia hehehhee :p



Wednesday, 22 April 2015

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, April 22, 2015 Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum , 

disebabkan lama tak join ape2 GA naah emma nak join untuk april ni , agak2 boleh jadi pemenang x ?  ehehehhe kalau xde rezki xpe , heheh asalkan emma dapat kenal blogger di dalam malaysia ni hehehe , nak buat entry ape pun xtaw sebenar nya , 

jadi emma nak jemput korang semua untuk join GA ni , hadiah menarik , kalau nak join just klik banner bawah ni okay ? mana taw tuah korang :) 


Chomel & Jumali SanoTri - Resam Percintaan

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, April 22, 2015 Comments : 0 Labels :
Chomel & Jumali SanoTri - Resam Percintaan

Renunglah mataku ini biar ia menjadi
Jawapan yang kau inginkan selama ini
Percaya duhai kekasih cintaku padamu suci
Inginku engkau menjadi kekasih sejati

Ku tahu kau cinta padaku dengan penuh hatimu
Kerna ku bisa merasakan getaran hatimu
Ku susunkan kerelaan ku bina kesetiaan
Di dalam hatiku untuk bersamamu

Aku bersumpah kepadamu kekasihku
Aku berjanji padamu Oh sayangku

Dibawa langgit tak luput rasa kasih ku kepadamu
Selagi berdiri cintaku takkan mati menyayangimu
Tak akan bisa insan lain mengoda memikat jiwa
Hanya dirimu yang menyentuh hatiku Oh arjunaku

Marilah kita menuju bersama
Alam bahagia yang penuh cinta

Renunglah mataku ini biar ia menjadi
Jawapan yang kau inginkan selama ini
Ku susunkan kerelaan ku bina kesetiaan
Di dalam hatiku untuk bersamamu

Komposer: Jumali SanoTri
Lirik: Jumali SanoTri



Sweater Korea

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, April 22, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum semua . 

Selamat pagi , pagi ni rase macam nak update entry yang buat kan kite happy , hehehhe boleh ke tak pe ? heheheh Sebenarnya emma nak share , sbb terlalu excited sangat nak tggu baju tu smpai so update today la , emma sebenarnya tak sabar nak tggu baju yang emma order , padahal baru bankin tadi  hahaha .. lama  dah nak beli tapi asyik nipis je poket kan ? so kali ni rasanya patut beli :) hehehe

Lawa kan ? lawa ke idok ?? hehehhe tunggu barang sampai nnati emma review lagi ye ? ngeeee
tapi barang smpai 2 or 3 weeks , hmmm lama sangat nak tunggu la . harap cepat la procees nye kan ? :) 

Sweater Korea

korang nak beli jugak ?? boleh je , harga bawah RM100 mampu milik kan ?? 1set weyh , baju ni boleh bawak g jogging , boleh pakai time drive g keje naik motor , so xde la sejuk sangat pagi2 pakai sweater kan ? :) 

Warna tak ade 6 tak silap . korang boleh tengok bawah ni ye ? emma bukan order kat laman web ke ape taw ? emma beli kat facebook , yang juanl cina , korang boleh speaking omputih ngan dye , dye pun pandai cakap melayu . hehhe orang melaysia kan ?? ngeee 

Mirielle Tan  [ Trusted Seller ]








Tak sabar nya nak tunggu sweater ni sampai !!! hehehhe

Okay tQ korang sudi baca entry ni :p


Tuesday, 21 April 2015

5 Tips Diet

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, April 21, 2015 Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum , 

Hai korang ingat lagi tak emma pernah cakap emma memang fail untuk kurus ? 
Haaa la ni husb selalu tegur , B makin comel , Tandanya??

Hahaha Korang pun faham kan ?? Emma sedang cuba 9 tips ni untuk kekalkan berat badan emma seperti dahulu , sebab ! emma penah kurus taw , emma xtaw kenapa gemuk balik , Faktor utama ialah , Makan tak ingat dunia! hahahha Banyak amalan syaitoon aku ikut ni , makan tak baca bismillah .

Ya Allah jauhkan aku dari Amalam Syaitan . Allahu Rabbi .

sekarang emma bnyak kan minum minuman mineral walaupun ternyata mineral tu tak sedap macam jus kiwi , hahahks ,, terpaksa ku telan jua , so jum baca pelan pelan tips yang emma nak share ni , harap bermanfaat untuk semua orang .. InsyaAllah aku cuba kawal nafsu makan aku , lupekan makanan yang sedap sedap tu ..

5 Tip Mudah Untuk Kurus?

Tips ringkas dari segi pemakanan:

Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)

Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.

kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)

Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!

Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

.................................

Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)

7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.

10am: Makan epal sebiji.

12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.

3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)

6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)

kebanyakkan nya emma ikuti blog KEVIN ZAHARI

Wordless WEDNESDAY

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, April 21, 2015 Comments : 0 Labels :
BETUL ATAU BOHONG ?

YA ALLAH KAU JAUHKAN LAH MAKSIAT DALAM HUBUNGAN KAMI YA ALLAH , AMIIN , AKU SAYANG SUAMI AKU


Monday, 20 April 2015

"Kucing Saya Hebat!"

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 20, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum , 

terharu pulak ade segmen macam ni , tersenarai lah semua pencinta2 kucing hehehhe..
Kenapa kucing saya hebat ? nanti scroll bawah lagi ye ? TQ pada siapa yang anjurkan segmen ni , Act tersangat la bagus kan ? Respect giler . betul2 pencinta binatang :D 




Berikut adalah syarat penyertaan yang ditetapkan oleh penganjur;
  1. Buat entri bertajuk Segmen "Kucing Saya Hebat!" dan letakkan banner di atas beserta backlink ke entri blog ini.
  2. Upload sekeping gambar selfie kucing anda dalam entri. Ya, selfie kucing... bukan selfie anda sendiri.
  3. Lengkapkan entri bermula dengan ayat "Kucing saya hebat kerana..." (tidak kurang daripada 20 patah perkataan)
  4. Letak link ke entri anda di ruang komen di bawah.
  5. Tarikh tutup segmen ialah 20 April 2015.
  6. Pemilihan akan dibuat oleh juri berdasarkan kreativiti gambar dan entri.



THE CIKO CAT : SELFIE TIME

Ciko seekor kucing tunggal di dalam rumah saya , hanya saya suami dan ciko sahaja , jaga ciko macam jaga seorang budak , mesti di belai , mesti di beri makan , minum dan penjagaan bulu nya setiap masa , ciko juga 3 bulan awal kelahirannya sebulan sekali ke klinik untuk pastikan ambil suntikan elak dri segala sakit, sbb ciko bukan seperti kucing2 yang lain , ciko adalah kucing kacukan [ parsi ] tapi lepas 3 bulan awal kelahiran dia , emma start hantar setahun sekali je mulai sekarang ., walau ape jua emma dan suami ttap buat apa sahaja demi ciko , ciko seekor kucing yang memahami tuan nya , apa yang di kata oleh kami ciko faham , ada kala ciko merajuk kalau ternampak kami bergaduh suami isteri , seolah2 tahu dan tak nak jika emma dan suami bermasam muka . 

ciko juga pandai mengisi kesunyian yang ada pada hubungan kami , walaupun kami ada anak 1 hari nanti takkan kami buang ciko begitu sahaja . :) kami tetap syg ciko . 

Alaaaaaaa Tertoucching pulakkkkkk . Sob Sob

Okay nak taw story ciko boleh ke link sini , sebab before this emma ade update story pasal ciko :) 

ciko yang hebat

'' kucing saya hebat kerana , walaupun berusia 5 bulan tetapi lincah panjang akalnya, Sentiasa menjadi peneman dikala saya sedih mahupun gembira . '' 

Rezeki Churp Churp Punca dari Paul Walker

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 20, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum , 

Today nak share sedikit churp2 emma naik mendadak , [ mendadak ke ? ] hahhaks
tapi terkejut jugak la , harini baru 21.04.2015 dah ade RM2.80 belum malam ngan petang lagi hehhe ,

Alhamdulillah rezeki . 

mungkin iklan PAUL WALKER ni memberi rezki lebih pada emma , 

mase on pagi tadi terperanjat jugak naik smpai RM6.20 padahal 1 iklan je pun , ntah kat mana ntah dorang cari iklan emma ni , emma cuma promote kat fb je , like pun tak smpai 10 orang status emma tu, hahahha tapi yang klik memberi impak yang besar . Woahhh gitu ayat dia heheheh ..

nak tau ape yang membuatkan ramai sangat klik iklan emma tu ? ha meh korang klik sini 


DAN 


KLIK UNTUK TUMBESARAN GAMBAR

Terima kasih daun keladi ,

Eh korang yang emma buat GA tu dah pos eh hadiah uolls :) hehhehe

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Penulis : emma diana Masa : Monday, April 20, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum , 

Alhamdulillah , pejam celik pejam celik mata , bulan rejab dah tiba . 

Tak lama lagi akan datangnya bulan Syaaban dan diikuti dengan bulan Ramadhan.. Sekejap je kan masa berlalu meninggalkan kita..

tak ada masa lagi fikir tentang baju raya , yang di fikirkan ganti puasa . :) 

Selamat ganti puasa uolls :) 


Saturday, 18 April 2015

Membongkar Rahsia Jualan iPhone Murah Pada Laman Instashop

Penulis : emma diana Masa : Saturday, April 18, 2015 Comments : 0 Labels :
Akhir-akhir ini, banyak laman Instashop (kedai online yang dibuka melalui akaun Instagram) menjual iPhone dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Bayangkan, sebuah iPhone 5s yang dijual pada harga rasmi RM1999 boleh didapati dengan harga RM1699 pada laman Instashop ini. Malah, iPhone 5 yang sudah ditamatkan pengeluarannya pada September 2013 kini secara tiba-tiba boleh didapati dalam bentuk set baru.
Instashop
Tawaran yang hadir pada laman Instashop ini sememangnya menarik namun pernahkah anda terfikir bagaimana mereka mampu menjual iPhone yang jauh lebih murah berbanding di pengedar rasmi? Bagaimana pula iPhone 5 kini boleh tampil dengan set baru sedangkan hampir setahun setengah sudah ditamatkan pengeluarannya? Perkara ini semestinya dijayakan dengan penjualan set refurbished/recondition.
Apa yang menjadi isu di sini, kebanyakan penjual tidak menyatakan keadaan sebenar iPhone yang dijual sama ada betul-betul original dari Apple atau dari sebuah telefon refurbished/recondition set. Ini mengelirukan banyak pihak terutamanya dari segi penebusan waranti yang mana ia tidak diterima melalui Apple Malaysia.
iPhone Refurbished
Seperti kes di atas, kebanyakan penjual iPhone refurbished/recondition sendiri kurang mengenali keadaan sebenar iPhone yang dijual. Apa yang mereka sedia maklum, iPhone yang dijual adalah sebuah iPhone original.
iPhone recon, motherboard sahaja original. Tapi body, bateri, dan akesesori semua dari third party yang tidak lagi original.Tapi memang ya, iPhone recon tetap iPhone original. Bukanfake, bukan China set (telefon tiruan) dan bukan body iPhone dalam pakai Android. Itu sebab penjual yakin yang mereka menjual iPhone original.
iPhone recon masih iPhone original? Ya. Masih original. Maksud original di sini ialah motherboard sahaja yang original. Itu sebab kenapa ia boleh menjalankan iOS dan bukan sistem operasi Android seperti telefon tiruan. Namun, bahagian lain sepertibody, bateri, dan aksesori (charger dan Earpod) adalah darithird party dan bukan lagi dari bahagian original.
Untuk memudahkan lagi anda memahami maksud refurbished/recondition, ia sebuah telefon lama yang dibarukan. Jadi di sini, motherboard dari iPhone lama akan dikeluarkan dan kemudian, ia digantikan dengan body yang baru untuk menampakkan kesan ‘baru’ tersebut. Mereka turut menggantikan bateri dan aksesori baru (majoritinya menggunakan set third party) yang menjadikan seolah-olah telefon yang anda beli adalah kelihatan seperti set baru dan bukan set ‘second hand’.
iPhone Refurbished 2
Bagaimana pula dengan refurbished set yang dijual sendiri di laman Apple? Sebenarnya, istilah refurbished/recondition bukan lah satu istilah buruk. Ia juga boleh tampil dengan istilah “officially refurbished” yang mana ia dibarukan dengan body, bateri, dan aksesori yang memang betul-betul original dari Apple.
Akan tetapi, official refurbished set yang memang dari kilang rasmi Apple tidak berlaku dekat Malaysia kerana Apple Malaysia tidak menjual refurbished set secara rasmi setakat ini. Yang ada pun refurbished set dari pengedar rasmi (seperti Machines, macstudio, Switch, EpiCentre) yang mana mereka sendiri akan membaharukan telefon tersebut (dengan aksesori original) atau membaiki telefon anda sekiranya rosak.
Waranti iPhone recon tidak boleh ditebus melalui Apple Malaysia.Bagi iPhone (refurbished/recondition) yang dijual di Instashop atau bukan dari pengedar yang sah, perlu diingatkan, iPhone recon ini menggunakan body, bateri, dan aksesori dari third party. Bermakna, majoritinya tidak tahan lama berbanding dengan sebuah iPhone yang binaan dan aksesorinya betul-betul dari keluaran original.
Sekiranya iPhone ini rosak, anda tidak boleh claim waranti dekat Apple Store sebaliknya perlu dirujuk melalui kedai yang dibeli.
Untuk melihat sama ada iPhone yang anda beli betul-betul baru dari kilang rasmi Apple, anda boleh melihat status waranti pada laman selfsolve.apple.com. Anda hanya perlu memasukkan serial number (IMEI) iPhone anda pada laman tersebut yang mana boleh diambil dengan mendail *#06#. Sekiranya anda membeli iPhone yang dikatakan baru tetapi disajikan dengan paparan seperti ini, bermakna telefon anda adalah set refurbished/recondition.
Check iPhone Original
Nasihat saya, jika anda ingin membeli iPhone refurbished/recondition sekalipun, sebaiknya cari kedai yang mempunyai kedai fizikal. Sebagai contoh, di laman Lelong.com.my, ada beberapa kedai yang menjual iPhone refurbished/recondition secara terang-terangan (tanpa perlu mengclaim diri mereka menjual iPhone original) dan menariknya, mereka juga ada kedai fizikal mereka sendiri. Perkara ini penting sekiranya iPhone recon anda rosak, pihak mereka sendiri akan membaiki iPhone anda dengan syarat waranti yang ditetapkan.
Lelong iPhone Refurbished
Kepada penjual, tidak salah untuk menjual iPhone recon sebenarnya. Nak jual, jual lah. Tapi dengan syarat kena nyatakan kepada pembeli secara terang dan bukannya dikelirukan dengan istilah “iPhone new set” atau “original set”. Sebaliknya, beritahu yang anda menjual telefon refurbished/recondition untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dari segi waranti rasmi.
Kepada pembeli juga tidak salah untuk membeli iPhone refurbished atau recondition ini. Ia menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Tapi seperti saya katakan di atas, ia merupakan telefon original namun hadir dengan bahagian third party seperti body dan bateri yang selalunya tidak bertahan lama. Sekiranya telefon anda rosak, anda tidak boleh sama sekali untuk claim waranti telefon tersebut melalui waranti rasmi Apple Malaysia sebaliknya perlu dirujuk di tempat anda beli iPhone tersebut.

Friday, 17 April 2015

SIMPAN ATAU BUAT MODAL BISNES ?

Penulis : emma diana Masa : Friday, April 17, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualikum korang ,

Emma tengah runsing , ni .. Nak mintak pendapat korang yang emma sayang wahai kawan kawan blogger ku ..

Emma dalam keadaan keliru dan dilema Help me !


Emma baru je jual Iphone 5 emma , dengan harga RM1000.00 dengan hajat nak ganti handphone baru ( IPHONE JUGAK ) , okay masalah emma sekarang , emma nak majukan bisnes azanis dengan bermodalkan RM350.00 patut x emma simpan dulu RM1000.00 tu atau emma gunakan sedikit duit dari RM1000.00 tu untuk modal buat biz ?

Seharusnya buat biz ni ade keuntungan , dan emma ade dapat pulangan 1kali ganda dengan harga y emma kluarkan , means RM350 emma kluarkan dapat product jual dan dapat balik 350 setiap product berharga RM70 kalau di jual . means emma dapat pulangan RM700.00 . kan , kire nyer emma tak rugi kan ? insyaAllah sampai hujung bulan ni je Act nak tunggu beli hp baru . then biz jangan seperti biasa .

So emma dapat jugak la beli hp kalau emma keluarkan duit sikit dari RM1000.00 tu kan ? campur ngan gaji hasil kerje full time ni lagi ? betul x ?

huhuhh , saje luah , kalau korang nak komen sedikit masalah y emma hadapi ni pun emma x kesah , minx pendapat kawan kawan , kalau tak paham entry ni abaikan :) hheheheh

PS :  kalau y tak perasan harga sebenar azanis tu xpe heheh , kalau perasan emma tetap jual azanis rm70 tapi xde la kejam , insyaallah korang beli lebih dapat free gift from emma :)