LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Wednesday, 18 March 2015

Contest : Hijab, Lets Wear It Right

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, March 18, 2015 Comments : 0 Labels :

Klik Untuk Join ! 

Assalamualaikum from Emma Diana A.k.a Wanita besi berbicara .. Sedikit entry writer berwarna coklat ' Ntah ape ape punya bahasa ' Hihih .. sedikit info untuk sama sama kita sebagai muslimah . betulkan jika tersalah :) 

- Mengapa anda pilih untuk berhijab?

Hijab Itu Adalah Ketaatan Kepada Allah Dan Rasul

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (yang ertinya):

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak pula bagi perempuan yang mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S. Al-Ahzab: 36)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga memerintahkan kaum wanita untuk menggunakan hijab sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (yang ertinya):

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)

- Pesanan saya untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat .

Kita kini terlalu jauh dari tempoh waktu kenabian. Telah terlalu lama terpisah dari zaman salafussoleh yang amat menitikberatkan sifat wara’ dan berjaga-jaga dalam setiap tindakan, sehingga terlalu banyak ajaran dan aturan Islam yang dipandang asing dan remeh

“Wanita itu aurat” 

Hijab Itu ‘Iffah (Kemuliaan)
Hijab Itu Kesucian
Hijab Itu Pelindung
Hijab Itu Taqwa
Hijab Itu Iman
Hijab Itu Haya’ (Rasa Malu)
Hijab Itu Perasaan Cemburu

Hijab Itu Pelindung


************************************************


Assalamualaikum. Merasmikan my first Contest: Hijab, Lets wear it right. Saya harap ramailah boleh join contest ni. Hihihi. Tujuan saya buat contest ni sebab nak pikat hati lebih ramai lagi muslimah untuk memakai hijab yang mengikut syariat dan semangat cintakan dakwah. Kalau saya nak berkempen sorang-sorang pun susah jugak kan? So, i need you guys! Please. Hepme! Ahah. Ini bukan Giveaway ye. Ini contest sambil berkempen. Eheh. Contest ini tidak terhad kepada blogger sahaja. Facebooker dan instagramer (iggers) pun boleh.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Muslimah.
  2. Mempunyai sama ada blog, instagram ataupun facebook. 
  3. Ikut syarat-syarat dan cara-cara penyertaan.
  4. Berakal. Eheh.
  5. Sponsor pun boleh join. 
Cara-cara penyertaan:
      Bagi Blogger:
  • Buat satu entri bertajuk 'Contest: Hijab, Let's wear it right!'
  • Tampal banner di atas dan backlink kan ke post ini.
  • Buat satu ucapan ringkas dalam entri anda tentang
    - Mengapa anda pilih untuk berhijab?
    - Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat.
  • Letakkan GAMBAR ANDA bertudung yang mengikut syariat. Sekiranya anda niqabis, letakkan gambar berniqab anda. Sekiranya anda tidak mahu menayangkan wajah anda, crop gambar tersebut. Nampakkan kecantikan memakai hijab okay? Pastikan anda tidak menggunakan gambar dari internet. USE YOUR OWN PHOTO!
  • Dah post? Letakkan link anda pada ruangan komen di entri ini.
  • Stick banner di atas pada sidebar anda dan backlink kan ke entri ini! Weeee.
       Bagi facebooker dan instagramer:
  • Post GAMBAR ANDA bertudung yang mengikut syariat. Sekiranya anda niqabis, letakkan gambar berniqab anda. Sekiranya anda tidak mahu menayangkan wajah anda, crop gambar tersebut. Nampakkan kecantikan memakai hijab okay? Pastikan anda tidak menggunakan gambar dari internet. USE YOUR OWN PHOTO!
  • Letakkan desription gambar tentang
    - Mengapa anda pilih untuk berhijab?
    - Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian syariat.
  • Letakkan link post ini.
  • Dah post? Letakkan link gambar anda pada ruangan komen di entri ini. (facebookers contenstant)
  • Letakkan username ig anda di ruangan komen (iggers contestant)
Do follow our organiser a.k.a. the judge (mam besar) *kikikiki
Lovingnur

Do follow our sponsor (tinggalkan komen sikit sebab ada sponsor kita nak terjah semula)
Do like / add friend our sponsor

Okayy. Banyak pulak cekadak nye kan? Hihihi. Sponsor nya ramai kok. Takpe. Follow laa slow slow. Hargailah sponsor anda. Peace. Harap ramai boleh join. Mungkin tak terkesan banyak, tapi mesti terkesan punya laaaa! That's why korang kena buat ucapan yang gila superb ohsem. Kau anggap kau atas jalan dakwah? Ikhlas laa. Andai kata laa, dengan post korang tu ada yang tergerak hati sebab post tu. In shaa Allah. Dapat sahamnyaa.

Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dakwah yang paling superb. Takpe. Take your time untuk mengarang. Ucapan tak semestinya panjang. Yang penting berkesan. Ahah! Gambar tu pelengkap sahaja. Peaceeee. Btw, kata-kata dakwah korang tu, saya akan copy paste ke laman sosial yang lain ye? Minta izin ni. But dun worry. Theres ur name.


SENARAI PESERTA


"Everyone can do dakwah. Including you!"

"Jika kita mahu orang yang sempurna sahaja untuk menyampaikan dakwah, nescaya tiada pendakwah di muka bumi ini."


TARIKH TAMAT: 30 APRIL 2015


No comments:

Post a Comment