LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Thursday, 12 February 2015

Hilangmu tiada pengganti #TGNA

Penulis : emma diana Masa : Thursday, February 12, 2015 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ,

Semalam 12.02.2015 kita dikejutkan dengan pemergian Dato Haji Hasbullah Awang . Al-fatihah buat beliau .


Hari ini kita lagi  di kejutkan lagi dengan pemergian seorang insan yang begitu di segani . .

Walaupun aku xpernah jumpe sosok tubuh hebat ni tapi ntah kenape hati ni sayu & tersangat sedih bile dapat tau beliau pegi meninggalkan kite 
Allahurabbi.. damailah dikau disana.. semoge kite semua dpt dihimpunkan & bertemu tok guru & alim ulamak serta para anbiya di Akhirat kelak


Hilangnya pemimpin yang di segani :'( moga syurga menanti kedatanganmu dengan luasnya . Tok Guru Nik Aziz, Pagi jumaat yang penuh barakah ini, keadaan sayu mengiringi mu , akhirnya kamu bertemu pencipta seorang demi seorang yang tinggi ilmunya pergi meninggalkan dunia . Tugasmu sudah berakhir . Alfatihah . 

Akhirnya airmata ini tumpah...
Kami sgt rasai kepedihan kehilanganmu. Masih terasa wangi tanganmu. Masih terngiang amanahmu. Dialah yg mengajar kami erti susah payah penat jerih perjuangan. Mana mungkin air mata ini tertahan drpd tumpah ke bumi..

Kami kagumi istiqomah dan kesungguhan dakwahnya. Dia pernah dihina dan dicaci, namun denyut nadinya tidak akan berhenti melainkan semata2 utk mendaulatkan hukum islam di bumi malaysia.


Wahai pejuang agama...
Beliau pernah berpesan, tiada masa rehat bg seorang pejuang melainkan hanya di syurga kerehatan yg kekal abadi.


Ya allah mmg kami redha engkau memilihnya pd mlm ini, namun hati kami sgt sayu dan pilu dgn perpisahan ini.

Wahai ayahanda...
Berehatlah dgn tenang di sana. Doakan pula kami tenang menjejaki segala langkah derap kakimu sehingga kita berhimpun bersama2.

Ya allah..
kasih dan sayangi la ayahanda kami tg nik abd aziz bin nik mat. Allahumma aamiin... 

Allahu Rabbi . Al- Fatihah . 


No comments:

Post a Comment