LE'SANDA SWEET FOUNDATION [ FOUNDATION VIRAL MASA KINI ]

Monday, 1 December 2014

Tafsir Mimpi

Penulis : emma diana Masa : Monday, December 01, 2014 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ..

Selamat Pagi kalian ,

Okay disebabkan Emma ade mimpi yang sangat sangat membuatkan emma teruja dan happy emma nak share sikit la ape maksud mimpi dan ape yang emma mimpikan .

: Jika bermimpi melihat, menjaga atau memiliki anak sendiri.

Tafsirnya : Tandanya akan berbahagia, selalu beruntung terutama dengan anaknya yang lelaki.
# Jika Benar kau kabulkan lah Ya Allah  Amiin


Terasa begitu Indah Bila ianya benar , sebab dalam mimpi tu emma jaga baby tu dengan penuh kasih sayang , baby lelaki .. InsyaAllah Ada lah rezki emma . 
#DoakanEmma 
Aamin Aamin Aamin ....

Okay emma dapat maksud tafsiran dari 1 blog ni , EMMA share sahaja .kredit dari 


Jika bermimpi mengenai keluarganya.
Tafsirnya : Dia akan berusaha dalam suatu perjuangan.

Bermimpi hidup bahagia dalam keluarga.
Tafsirnya : Akan mengalami keuntungan dalam keseluruhan keluarga anda yang ada.

Jika bermimpi isterinya mengandung.
Tafsirnya : Alamat kurang baik akan ada aral yang datang.

Jika bermimpi isteri bergaul atau curang dengan lelaki lain.
Tafsirnya : Akan mengalami kerugian.

Jika bermimpi memeluk isteri sendiri.
Tafsirnya : Akan dikurniakan rezeki.



Bermimpi memeluk isteri orang lain.
Tafsirnya : Akan timbul suatu keuntungan kerana selama ini anda telah bekerja keras.

Jika bermimpi isteri bersalin.
Tafsirnya : akan mendapatkan rezeki besar.

Bermimpi berjalan-jalan dengan isteri.
Tafsirnya : Akan berselisihan faham.

Bermimpi bertengkar dengan isteri.
Tafsirnya : Anda akan terganggu kesihatannya.

Bermimpi mendukung anak kecil.
Tafsirnya : Akan mendapat kerugian dan kesusahan.

Jika bermimpi mandi bersama-sama isteri dibilik air atau sungai.
Tafsirnya : Akan beruntung dalam usahanya.

Bermimpi anaknya meninggal dunia.
Tafsirnya : Akan timbul pertengkaran dalam rumah tangganya.

Bermimpi melihat ada suami isteri berkelahi.
Tafsirnya : Akan membincangkan urusan yang dipandang sangat penting.

Jika bermimpi melihat ayahnya.
Tafsirnya : Segala kesukarannya akan hilang.

Jika bermimpi melihat, menjaga atau memiliki anak sendiri.
Tafsirnya : Tandanya akan berbahagia, selalu beruntung terutama dengan anaknya yang lelaki.

Jika bermimpi melihat anak yatim.
Tafsirnya : Akan hidup dengan penuh gembira.

Jika bermimpi mengambil anak yatim sebagai anak angkat.
Tafsirnya : Rezeki dan hartanya akan melimpah ruah.

Bermimpi mengunjungi rumah anak yatim.
Tafsirnya : Akan menerima khabar baik dari keluarganya.

Jika bermimpi melihat seseorang yang bujang.
Tafsirnya : Cita-citanya sia-sia.

Jika bermimpi bercakap-cakap dengan seorang gadis.
Tafsirnya : Anda akan mengalami kehidupan yang indah dihari-hari yang akan datang.

Jika bermimpi jadi hakim.
Tafsirnya : Ideanya tidak diindahkan orang atau teman.

Jika bermimpi melihat hakim.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kedudukan yang tingi dari majikan diperusahaan.

Bermimpi melihat ibu.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam pekerjaan anda yang susah.

Jika bermimpi mendengar suara ibu.
Tafsirnya : Akan tiba berita gembira buat anda.

Jika bermimpi menulis surat untuk ibu.
Tafsirnya : Akan menerima banyak penghargaan dan kehormatan.

Bermimpi melihat isteri.
Tafsirnya : Kasih sayang suami isteri akan berkekalan sepanjang masa.

Jika orang bujang bermimpi melihat isteri.
Tafsirnya : Akan segera datang jodohnya.

Jika bermimpi melihat orang tua.
Tafsirnya : Segala usaha yang sedang dilakukan akan berjaya.

Bermimpi melihat orang mati.
Tafsirnya : Akan menderita susah hati.

Jika bermimpi melihat seorang yang kedekut atau bakhil tengah menghitung wangnya.
Tafsirnya : Berhati-hati bila berhadapan dengan orang yang ingin lekas kaya.

Jika bermimpi anda sendiri yang menjadi kedekut atau bakhil.
Tafsirnya : Anda terlalu memikirkan kepentingan diri sendiri dan mesti berhati-hati dimasa mendatang.

Jika bermimpi bertemu dengan seorang perempuan.
Tafsirnya : Akan mendapatkan senjata dalam perjuangan anda.

Jika bermimpi dengan orang suci seperti ulama.
Tafsirnya : Kehidupaan anda akan aman damai.

Jika bermimpi bertemu dengan seorang penulis.
Tafsirnya : Anda akan menemui orang -orang yang penting dalam sosial dan perniagaan yang akan menjadi sahabat.

Kalau dia bermimpi menjadi seorang penulis.
Tafsirnya : Anda seorang yang berbakat seni dan dengan pekerjaan itu akan membawa keuntungan kepada anda.

Jika bermimpi menolong seorang pengemis.
Tafsirnya : Akan mendapat kemajuan dalam kehidupan dan cinta.

Bermimpi bercakap-cakap dengan seorang petani.
Tafsirnya : Anda akan menyenangkan hati seorang yang penting untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit.

Jika anda bermimpi bertemu dengan seorang polis.
Tafsirnya : Anda akan terhindar dari pergaduhan.

Bermimpi bertemu dengan seorang ahli politik.
Tafsirnya : anda akan kehilangan ramai sahabat karib.

Bermimpi bertemu dengan presiden atau pemimpin negara.
Tafsirnya : Akan mendapat kehormatan.

Jika bermimpi melihat ratu.
Tafsirnya : Akan berjaya dalam apa sahaja yang selama ini dicita-citakan.

Bermimpi menjadi tentera atau askar.
Tafsirnya : Agak kurang baik kerana selalu mengalami perubahan hidup.

Bermimpi melihat syaitan atau neraka.
Tafsirnya : Peringatan kepadanya tentang perkara buruk yang akan datang kepadanya.

Bermimpi mendapat seorang suami.
Tafsirnya : Akan menikah dalam masa setahundua akan datang jika dia single.

Jika bermimpi berusia tua padahal dia masih muda.
Tafsirnya : Akan panjang umurnya, atau menjadi penasihat.


Jika bermimpi umurnya lebih dari umur yang sebenarnya.
Tafsirnya : Akan awet muda dan bersemangat.

Jika bermimpi bertemu dengan Saidina Abu Bakar RA.
Tafsirnya : Akan menjadi penasihat.

Jika bermimpi bertemu dengan Nabi Adam.
Tafsirnya : Akan beroleh murka Allah sebab membuat sesuatu yang menyalahi syariat.

Jika bermimpi melihat anak kecil tiba-tiba menjadi besar.
Tafsirnya : Akan memperolehi kebahagiaan.

Jika bermimpi anak kecil tadi beranak dan beristeri.
Tafsirnya : Akan mendapatkan kesusahan.

Jika bermimpi melihat bidadari.
Tafsirnya : Akan menjadi orang besar atau mendapatkan anugerah besar.

Jika bermimpi melihat malaikat.
Tafsirnya : Akan mendapat harta kekayaan, atau segala kesusahannya akan hilang.

Jika bermimpi melihat ramai orang.
Tafsirnya : Segala kehendaknya tidak akan berhasil.

Jika bermimpi bertemu muka dengan para Sahabat Nabi.
Tafsirnya : Akan dikurniai oleh Allah sesuatu yang berharga.

Jika bermimpi seolah-olah bertemu atau melihat Allah.
Tafsirnya : Alamat yang baik, akan dikurniakan kehidupan yang berlebih-lebihan.


No comments:

Post a Comment