Followers yang baik hati

IKLAN

IKLAN

Tuesday, 20 May 2014

Mask Shiseido

Penulis : emma diana Masa : Tuesday, May 20, 2014 Comments : 0 Labels :
Hari ini Emma nak review satu produk dimana Emma sendiri telah pun mencubanya, Mask Shiseido produk dari Japan yang menghasilkan menanggalkan kekotoran pada wajah kita. Mask Shiseido terdiri dari 3 jenis paket yang berlainan warna dan fungsi. Untuk yang berwarna hitam fungsinya untuk mengecilkan jerawat, mengecilkan liang pori dan juga tompok atau bintik hitam pada wajah. Mask Shiseido berwarna putih pula membersihkan kotoran, mengatasi kulit gelap/tidak sekata, melicinkan kulit serta memutihkan kulit wajah dengan pengambilan kerap. Pengambilan Mask Shiseido ni hanya seminggu sekali. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif.

Untuk Minggu pertama Emma sendiri mencuba paket hitam tu, actually Emma pakai terlalu lama dan nipis. Jadi bila dah kering bila Emma tarik atau tanggalkan mask tu agak sakit sikit kulit Emma dan kotoran dia Emma tak nampak sebab pakai nipis sangat kan tapi biasa lah cubaan yang pertama. Tapi dari segi perbezaan wajah Emma dapat rasakan kulit Emma licin dan kekotoran pada wajah dah tanggal. Kulit-kulit mati, balckhead, whitehead semua akan tertanggal itu jika kita buat tebal-tebal. Lepas ni Emma akan cuba pula untuk Mask Shiseido whitening tu (paket putih). Untuk Paket Oren pula shida tak digalakkan guna sebab kulit shida ada alahan, Emma tak disarankan guna oleh owner yang jual produk ni. Jadi shida guna untuk Mask Shiseido paket hitam dan putih saja.

Fungsi : SHISEIDO MASKMenanggalkan bintik hitam atau putih pada wajah, Menanggalkan sel kulit mati, Mengecilkan liang pori-pori, Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak, sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat, Menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2, hitam /putih diwajah, Menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Shiseido Black/White mask adalah di buat dari Collagen disertai elemen mineral laut dalam. Masker dengan kandungan nutrisi paling lengkap. Perawatan kecantikan menggunakan Lumpur Laut Mati sebagai masker wajah sama dengan memberi suapan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat merawat keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan kencang.

langkah atau cara pemakaian boleh ikut step atas yang telah Emma google semuanya 

1. cuci muka sehingga bersih dan keringkan juga
2.pakai Mask Shiseido sehingga rata dan tebal (Jauhkan dari terkena pada kening, bibir dan kawasan mata)
3. tunggu sehingga 30 ke 60 mnit sehingga kering
4. dan cukup kering boleh tanggalkan secara perlahan dan lihat hasilnya

so jika korang berminat boleh PM ( Emma Diana
email : emmadiana47@yahoo.com
instagram : Emma_skincareproduct / Emmacikecikebombom
whatsapp : 011-29064644
Wechat : cikecikebombom
facebook : Emma Diana ( click  )

Wednesday, 14 May 2014

Tips Nak Baby Comel

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, May 14, 2014 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ! 
Hai ! xcited pulak kite nak open cter ni , hehehe

Alhamdulillah diberi kekuatan lagi untuk mengupdate blog kite y buruk ni hehehe..

amboi Title rini mcm ape je , InsyaAllah 1Day, Sedang amalkan walaupun masih tak punya rezki lagi . jum bace bawah ni ..

3 Tip Untuk Mendapatkan Anak Yang Comel 
*hehehe xcited senanya ni :)*

Setiap ibu yang bakal melahirkan anak inginkan anak yang dilahirkan sihat dan comel. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil berdasarkan petua serta amalan orang dulu-dulu mendapatkan anak yang comel.

1. Mengambil makanan yang berkhasiat

Terdapat beberapa petua yang mengatakan bahawa makanan adalah punca yang menentukan warna kulit anak yang dilahirkan. sebagai contoh, karot baik diamalkan kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk memperbaiki penglihatan dan mencantikkan kulit.

Minum air soya kerana dikatakan kulit anak akan menjadi cerah (wallahu'alam). Selain itu, makanan-makanan seperti kurma, delima, kismis dan zaitun baik untuk kandungan dan juga ibu.

2. Jaga mulut dan kelakuan

Si ibu perlu mengawal emosi dan tingkahlaku semasa mengandung. Ada kalanya apa yang kita nampak dan sebut akan mempengaruhi anak yang dilahirkan nanti.

Maksudnya di sini ialah si ibu tidak boleh sewenang-wenangnya berkata-kata yang elok kepada orang lain malah kepada haiwan sekalipun. Si ibu tidak boleh sesekali memukul haiwan kerana dikhuatiri akan terkena 'kenan'.

Walaupun sukar untuk membuktikan kejadian ini, namun banyak kes yang dilaporkan mendapati kenan adalah berhubung kait dengan perkara yang tidak elok yang disebutkan dan dilakukan oleh si ibu semasa mengandung.

3. Amalkan membaca al-Quran

Membaca al-Quran bukan sahaja dapat menenangkan hati malah dengan alunan bacaan-bacaan tersebut, otak bayi akan dapat berhubung dengan baik semasa di dalam kandungan.

Perlu diingat bahawa bacaan al-Quran bukan hanya terhad semasa mengandung sahaja tetapi perlu diteruskan setelah bersalin nanti.

Beberapa surah-surah yang boleh diamalkan semasa mengandung adalah:

Surah Yusuf - untuk mendapatkan anak yang comel dan berakhlak mulia.
Surah Luqman – untuk mendapatkan anak yang cerdik.
Surah Maryam
– untuk memudahkan bersalin

Suami Ku

Penulis : emma diana Masa : Wednesday, May 14, 2014 Comments : 0 Labels :



" Bagiku, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, berjanji dengan sejuta kemanisan, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa hanya disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal atau sebagainya sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan kita, ia tetap akan jadi milik kita. 

Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.."

Exchange Link?