Followers yang baik hati

IKLAN

IKLAN

Sunday, 27 November 2011

wedding sakina & azam

Penulis : emma diana Masa : Sunday, November 27, 2011 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ,
hyeeeeeppp , selamat tengahari pada kawan-2 bloger , kawan-2 y ngah membace entry ni ..
oke , 11.11.11 emma ade dpat offer snap my cousin nye pic ntok wedding dye .
hurmmm , mule mmg xnak dsbb kan my bobob xpenah dbawak kemana-2 so emma rasmikan ntok wedding cousin emma , urmm , dalam hati mmg xnak , takot xdapat buat y terbaik ntok my cousin .. 


oke , ni la my cousin . urmm , pic x bape cantik kn ? urmmm , xpandai nak snap lagi , saya budak baru blaja ,,
then baru n sedang belajar oleh sifu saya . :)


yezzzza ! ni sifu saya .. >.< 
korang knal ? xknal kan ? alaaa , buat-2 knal suda :) hehehehhe 
sngat bulat dye right , hahahah , ape-2 pon thanks sifu :) 
oke , tyme snap mmg dye xnak ade at emma , dye nak emma berdikari sndri . 
btw tengok la hasil nye :(
korang komen la ape-2 y patot k ?



hantaran dari pihak perempuan , 
brape dulang 2 emma xingat . 
hahahha bnyak sngat snape picture kan :)



emma try y terbaik , tapi hasilnye cm bese je . hahahak :)



maaf , x semua pic emma masok kan . hehehhe .

then akhir sekali ,
thanks to read :) 
btw support me :)

thanksssss -____-


Thursday, 24 November 2011

i-city

Penulis : emma diana Masa : Thursday, November 24, 2011 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ,

selamat petang , selamat berbloger yup kawan-2 bloger , 
kawan-2 fb yang sedang membace 
peace >,< *wink-2 
hehehehe , lebey-2 lak .

nak story pasal mlam tadi .
xnak sebut pasal title , sbb da tertera at ats tu , hek-2 ,
oke , xpe , emma ulang lagi sekalai , 
malan tadi hangout with kawan aku y sengal ubi , 
- nina -

*asyek-2 ngan budak ni jak aku kuo , hahaha , mcm xde orang lain , maaf dye kawan yang saya syg oke , sbb kami da lame sngt knal >.<
ape aku ni merepek , xde kne ngene ngan icity pon ,
nak open story ni , cepat-2 stanby kan tiru sbb , story ni happy , gembira , ntah la ape-2 prasaan pon ade bile bace story ni .

actually dah lame da rancang nak hangout g icity , but cuace tak mengizinkan , hhhooh . hujan je , hurrrmm , hujan rahmat , x elok mengeluh .
heheheh , knape nak g icity sngt ni ? woaoahahaha sbb nak merasmikan bobob . 
*sape lak bobob tu ek ?  hahahx , sape dye korang xpatut taw *kejam nye aku ..
hehehhe , oke , saje nak shoot-2 keindahan alam , keindahan dunia . emma ade la dpat snap pic-2 at icity 2 . hurrmmm , but skill x berape pandai lagi . bcpz baru nak berjinak-2 ngan dunia snap , shoot picture ,
nnti emma upload pic yang sempat emma amik ea ?



if korang nak taw , mmg aku xtaw nak shoot sngat .tengok la pic ni ntah pape , buat bagi aku , pic ni cm nampak menarik la , 



oke , pic ni pon aku cm da besa tengok , but permulaan kot , aku try la ken , fuyoooo , siyes nice . *cehh puji diri sndri >.<


ni hasil-2 yemma snap yang lain . alaaa , besa-2 je , x bape pro sngat >.<




hehheheh , pic ni nampak cm berterabur kan ?


oke , bukti aku kuo g icity , xde copy-2 picture oke >.<


oke tq yup , kerana membace , mengread , heheekz .
xde la happy ane entry ni ken ? *ngeeeee


PS : saya masih belajar dlam bidang-2 ni sume . 
support me :)

Saturday, 12 November 2011

happy day bagi diri ku !

Penulis : emma diana Masa : Saturday, November 12, 2011 Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ,
hyeee semua kawan-2 bloger . 
nak coret-2 jap hujung jari emma ni .. nak share story ,
story yang buat kan emma akan ingat sampai bila-2 .


11.11.11 tarikh keramat to . korang ingt x psal entry to . emma ngat tak akan ade kngan dlam hidop emma ngan tarikh to , tapi cm x caye ade sseorang muncul dlam hdop emma , dye mnyinari hdop emma , :) then , nOw emma milik dye , ngan tarikh 13.11.2011 , haks comel tarikh ni . genap-2 no nye . btw emma bersyukur selama 3bulan emma kcewe ttapi kkecewaan itu hnya kngan sahaja , *dapat gak rase kecewe , frussh tertonggeng .. hahahakkkss .. 


korang must still tertanya-2 g sape orang yang dOk menyinari hati emma ? sO korang kne tggu next entry lOrh .. wahai kamo . <3 them so much :)


CINTA IBARAT KUPU-2


JIKA KITA INGIN MENGGAPAI IA DENGAN BERSUNGGUH-2 , DAN MILIKINYA DENGAN SBB DYE CANTIK , MENAWAN , INGIN MENJAGANYA DAN LAWA IA AKAN BERLALU BERGI , TERBANG JAUH .
DAN JIKA KITA BERDIAM DIRI , HANYA MELIHAT NYA , IA AKAN DATANG KEPADA KITA , *wahai kupu-2

Thursday, 10 November 2011

11.11.11

Penulis : emma diana Masa : Thursday, November 10, 2011 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum . 


selamat mlam sume . hahahhehex , lame x update blog citer pasal aku . asyek dok ceramah-2 jepp , urrrmm , korang , tengok lha title 2 .. hahaha , 11.11.11 tarikh cantek kan . jatuh pada hari jumaat , ketua segala hari . tarikh yang menarik , cantik , menarik dan hari yang chantik , alhamdulillah .. ya allah , aku bersyukur pada kau kerana kau beri aku ksmpatan ntuk hdup d muka bumi ini lagi , kau beri ku nafas sehingga kini, nOw mmg xde buat ape , then esok pon cm bese la keje keje n tros keje . :) alahai ~ letih sngat dehh ,, ape boleyh buat , selagi ade kydrat kan . hahaha , ngat nak balek awal keje esok , rest je kot kat rumah , xde event ape lha . hahahah . so nOw , ngan tarikh 11.11.11 , tarikh keramat to , emma xde ape-2 buat , penuhi mase di ruang keje , ofice ku yamng mOlek 2 . :) then , hOpe korang sume happy selalu , buat kngan yang terindah ngan tarik keramat 2 :)



bnyak kan solat , buat amal jariah , luang kan mase ngan family is better :) 

ANDAINYA LELAKI TAHU…

Penulis : emma diana Masa : Thursday, November 10, 2011 Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum kengkawan :) 


malam ni emma nak menaip panjang-2 ,nak korang tahu , share sedikit idea emma , ilham emma , penat tengok gelagat orang , then ni hasil nye :)


Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang...tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan kata dia rindukan kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda





.Andai lelaki tahu...Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2

Saturday, 5 November 2011

Doalah kpd org tua kita

Penulis : emma diana Masa : Saturday, November 05, 2011 Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum . 

selamat petang korang . emma nak update blog ni , nak share sikit ngan korang . meh bace kat bawah ni jap , emma buat khas untuk rakan-2 yang tidak tahu akan nya 


Rassulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 

Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya: 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari 
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 
InsyaAllah 
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. . 

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : 
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 



P/S : KORANG SYANG YOUR MOM N DAD KAN ? JGAN LUPA DOAKAN ,EREKA OK ? THANKS KERANA LUANG SIKIT MASE NTOK BACE ENTRY NI :) 

Thursday, 3 November 2011

Terima kasih,ALLAH atas ciptaan ini..

Penulis : emma diana Masa : Thursday, November 03, 2011 Comments : 1 Labels :

Subhanallah, Agungnya CiptaanMu

Assalamualaikum , 
kawan-2 malan ni betol-2 emma nak share pasal nieyhh bace oke ? korang bace taw , penat taip ni , hanye ntok korang taw , emma petik at novel yang emma beli tadi . bace eayhh , terutama kaum wanita . :)







Ketika Allah menciptakan insan bergelar , Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "

Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat...Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.

Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.

Mampu menjaga banyak anak bersamanya.

Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "

Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"

" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.

Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.

Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "

Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .

" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"

Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .

" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "

Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "

Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "

" Air mata adalah satu cara untuk diamenyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.

Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".

Allah menjawab, " Ya mesti...

Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki.

Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.

Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air matadi saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan.

Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya.

Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan.

Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.

Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

Cintanya tanpa bersyarat !

Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya.

Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang.

Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.

Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.

Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.

Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".

Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".

Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "

" Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." , jawab Allah.

Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...

 Wahai sahabatku, khabarkan cerita ini pada rakan-rakanmu supaya mereka tahu betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa bernama Wanita.


#kOrang emma nak berterima kasih sebab beri ruang masa sbb bace entry nieyhh . 
terima kasih :)

Exchange Link?